Tuesday, August 21, 2012

Eid mubarak 1433h

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)



DIA yang menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji
siapa yang terbaik amalannya.


3 Syawal 1433 hijri, saya mahu menulis sedikit penulisan hari raya khusus daripada blog ilham-ul-fitri.

Ramadhan telah berlalu, madrasahnya telah pun tamat. Graduannya keluar sebagai seorang yang ditarbiyyah. Sama ada terus kekal menjadi hamba yang baik, sama, mahupun sebaliknya.

Adakalanya manusia kurang baik menjadi baik pada bulan puasa, kira-kira dia jahat kerana syaitan, apabila syaitan 'cuti' jahatnya juga cuti.

Ada juga manusia yang sama. Tiada beza.

Apapun bulan itu telah tamat. Madrasahnya telah berakhir, sama ada piala takwa dapat dikapai, atau mungkin sedikit inzar dan perubahan walau kecil, Alhamdulillah.

Andai kita tidak mampu gapai pati takwa yang sebenar, perubahan yang baik, sedikit demi sedikit juga menandakan kita mampu sebenarnya untuk menjadi hamba yang taat.

Jangan pula menjadi manusia yang bertambah durjananya.

Jadilah hamba Tuhan. Bukan hamba Ramadhan.
Tuhan ada pada bila-bila masa, Ramadhan hanya 29 hari setahun.

Terlepas Lailatul Qadar?
Ada banyak peluang lain masih berbaki sepanjang hidup. Setiap hari.
Peluang bercinta bersama tuhan bukan sekali. Malah berkali-kali sepanjang hari.

Saya dengan rendah hati mengucapkan,

masih berseorangan raya tahun ini ^^,


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 hijri

Kita Kembali kepada Fitrah sebenar seorang manusia, yang hanya menyukai perkara yang baik-baik sahaja. Mengakui Allah sebagai tuhan nya, menjadi hamba yang terbaik 'amalannya. Moga Allah menerima 'amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu dan moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaqwa. ya robb, Ameen.

Menyambut baik uruf dan adat terbaik masyarakat nusantara, tradisi bermaaf-maafan di hari raya, saya dengan rendah hati memohon maaf di sepanjang penulisan yang sedikit saya di blog ilham-ul-fitri sejak tahun 2008 hingga kini yang menyentuh rasa mengguris hati mana-mana pihak. Penulisan di sini berkaitan dengan ilham penulis sebagai manusia yang boleh diterima dan ditolak. 

Wallahu 'alam. Jazakumullah Khaira. 

Salam Ukhuwwah Persahabatan!

Daripada:
Penulis Tunggal Ilham-ul-Fitri

muadzibnuimam.blogspot.com

كل عام و انتم بخير 

 تقبل الله منا و طاعتنا و أعمالنا واجعلنا من المتقين
 


ameen...


august 2012, 21
salam lebaran
Ipoh, Perak.

Sunday, August 12, 2012

mencari Dia

Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah kau rapat pada ku

Mencari damai di rumah-Mu, seolah mengetuk pintu sedang terbuka, yang sentiasa menanti tetamu istimewa.

Mencari Tuhan di kala senang, memberi ruang rasa Istiqamah.

Mencari Tuhan dikala susah, memberi rasa pengharapan dan Tawakal.

Mencari Dia saat senang jua susah, membawa erti syukur, meskipun nilai selautan syukur hambanya, hanya mungkin setitis nikmat-Nya di bumi.

Mencari cinta Tuhan yang hakiki, akan memandu kita mencari cinta seorang makhluk yang dekat pada-Nya.

Kebiasaan cinta makhluk, mengharapkan balasan yang terbaik sesama mereka.

Namun, Sayangnya Tuhan, sentiasa bersama di ketika kita ingat dan jua kita alpa. Air masih diberi ketika dahaga. Rezeki masih jua disuap ke dalam rongga.


 indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me.
So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.

albaqarah (2:186)

Cinta Tuhan yang tiada tara!

Leburkan egomu, titiskan air matamu di malam itu.



mencari satu makhluk
12 ogos 2012

Tuesday, August 7, 2012

Nafas 252 bulan

Dulu cita-cita saya nak jadi pemain bola sepak bila tengok aksi pemain kebangsaan di televisyen. Kemudian ke sekolah berajar mengenai plenet, teringin pula jadi angkasawan nak pergi ke planet pluto. Apabila sekolah rendah menganjurkan lawatan ke muzium, teringin pula jadi askar. Ziarah orang sakit di hospital, teringin pula nak jadi nurse.

Saya melihat dari jauh wad bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Terengganu. Usai melawat sahabat yang terlibat dalam kemalangan. Saya teringatkan sebuah kisah yang diceritakan kepada saya. Mengenai Ibu yang mahu bersalin dari seorang berpangkat ibu. Kisah pengalaman melahirkan seorang manusia.

Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya.
 Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
ali-imran:6.


18 ramadhan 1412 h.

Malam itu, peluh merembes di dahi si ibu. Anak kecil itu masih belum mahu keluar. Sejak awal pagi sudah ditahan di wad bersalin hospital daerah, kini menjelang malam masih belum terdapat tanda bayi mahu keluar. Kelahiran sulung itu memberikan rasa ketakutan. Takut bagi seorang isteri mahu menjadi ibu, takut juga bagi seorang manusia di dalam kandungan yang mahu bertukar alam. Dari alam rahim ke alam dunia. 

Anak yang paling payah hendak dilahirkan ini dinantikan dengan sabar. Zikir, asma' Allah sentiasa di bibir mengharapkan proses lahir berjalan dengan baik. Setelah itu, pergelutan bermula, Ibu menahan perit bagi memastikan umat nabi akhir zaman ini terus menerus legasi nya. Kesakitan sampai kemuncak. 

Si Ibu hampir hilang daya. Bayi itu seperti sukar mahu keluar. Komplikasi mulai timbul. Mungkin bayi lemas, dan tanpa tindakan pantas mungkin bayi itu tidak akan bernyawa dan kehidupan akan berakhir di situ. Lalu doktor memberikan ikhtiar awal untuk menyelamatkan dan menjamin nyawa kedua-duanya,

"kalau macam ni, kita hantar ke Hospital Ipoh...."

Mendengar secara terus, terkejut seolah-olah hampir sahaja kehidupan ini akan berakhir. Berderau darah si ibu. Tiada apa yang difikirkan kecuali tamat riwayat hidupnya pada hari tersebut, kerana memikirkan kes-kes besar dan rumit hanya akan dijalankan di ibu negeri.

"ke hospital Ipoh? habislah..."

Meskipun kita tahu, sebenarnya apa-apa  keputusan perawat adalah yang terbaik untuk pesakit. Mereka mahu melihat manusia hidup dalam keadaan sihat dan bahagia. Menikmati nikmat tuhan yang tidak terhingga di alam ini.
"barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya" (al-maidah:32)"
Walaupun saya bukan dalam kalangan perawat, namun saya berbangga punyai ramai kenalan dan sahabat bertitle pegawai perubatan. Moga berkat mereka membantu manusia melekat pada saya semasa berjumpa, berliqa', dan berukhuwah.

Terus menerus si Ibu diselubungi ketakutan. Dalam memikirkan ketakutan tersebut, Bukaan rahim hampir 8cm. Kepala bayi sudah kelihatan, namun kudrat si ibu tidak mampu menolak keluar bayi yang kecil tapi degil. Tuan doktor mendapatkan alatan untuk prosidur vacuum. Jika tidak mungkin terpaksa di-caesarian-kan. Prosidur berjalan jam 2205 kelahiran mengunakan bantuan vacumnn. 

Akhirnya bayi lelaki yang sihat selamat dilahirkan.Kelahiran dramatic anak pertama dan cucu pertama opah sebelah ibu, disambut dengan kegembiraan, muka jam juga tersenyum pada 10.10 malam, bayi itu berkenalan dengan dunia bersama tangisan pertama seberat 2.5 kg. Melihat alam yang baru, seperti mendaftar sebagai peserta dalam pertandingan memilih kebenaran atau kebatilan bersama setiap hidupan berketurunan adam. Welcome to the next new phase. 
"bukankah aku Tuhanmu? Bahkan! " 


Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan
darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
 kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu
 Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
 Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta

dan 252 bulan bersamaan 21 tahun hijri, bayi itu masih belum dapat mengingati drama kelahiranya, mustahil. Sudah lebih dua dekad peristiwa itu berlaku, sehingga hari ini ia kekal menjadi lipatan memori seorang ibu yang terbaik. Tidak dapat si anak itu membalas, berapa jua harga berapa jua nilainya. Tak ternilai. Hanya doa harian yang dikirim mengharapkan hasanah insan yang paling penting dalam hidup itu mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat selama-lamanya. :')

spirit pasca-badar al kubra
18 ramadhan 2 h.


"Ya Allah, hamba bermohon kepada mu akan janji dan perjanjian mu,jika kamu berkehendak (kekalahan), kamu tidak akan disembah setelah hari ini".

Hari itu lama rasulallah menghabiskan malam bersama tuhannya, berdoa agar peperangan dengan kelengkapan mampu mara sebagai barisan tentera Allah yang utuh.

Perlawanan satu lawan satu bermula. Tiga jaguh musyrikin Quraish dipilih, mereka keluar dengan lagak sombong. 

"kami mahu berpadanan dan setimpal, wahai Muhammad, kemukakan kepada kami yang setimpal dari kaum keluarga kami”. 

Kata Rasulullah: “Ubaidah bin al-Harith, Hamzah, Ali, bangun”. Mereka pun segera ke hadapan, bila berhampiran, mereka bertanya: “Siapa kamu semua”, mereka pun memperkenalkan diri.

Berpuas hati, “Ya, kamu adalah setimpal dan bangsawan.”

Satu lawan satu. Semua Musyrikin dibunuh. Lalu terjadilah pertembungan dan pertarungan.
Peperangan berakhir dengan kekalahan teruk kaum musyrikin dengan kematian orang kuat mekah, Abu Jahal. Berita kemenangan sampai ke Madinah dan berita kekalahan sampai ke Makkah. Kemenangan terbesar di saat kekuatan tenaga yang kecil. Inilah spirit yang patut ada pada kita.

gambar budak degil dalam baldi 

18 ramadhan 1433 h.
erti syukur!


Apa kata, jika ada masa, kita ambil kalkulator dan kelendar, hitungkan jumlah hari,bulan, dan saat diketika nafas kita hari ini. Kemudian review kembali apa sudah dibuat sepanjang perjalanan hidup. Kemanakah umur yang ada dihabiskan? kalau untuk agama,

Lafazkan kalimah syukur alhamdulillah!


"tak sepatutnya jadi macam tu... kau rasa aku patut buat apa, ikutkan hati aku nak redah saja.." pasir halus di tepi pantai digenggam dilempar dalam laut, simbolik menghilangkan stress ke laut.

kadangkala sukar membezakan antara luahan rasa dan soalan.

"dah tu kau rasa macam mana?"
jangan tanya balik aku tanya engkau ni.

"hidup ni sememangnya diciptakan indah, kerana tak mudah itulah, membuatkan hidup ini indah."

Bersyukurlah dengan memberikan yang terbaik dari setiap nafas. Bersyukurlah dengan berjalan di atas muka bumi ini dengan senyum walau apa jua simpang beloknya.

Orang yang bersyukur sentiasa nampak apa yang dia ada. Orang yang kufur sentiasa nampak apa yang tiada pada dirinya. Bersyukur ialah rawatan kebahagiaan.

Dalam perjalanan kita yang misteri ini, pastikan setiap lembaran demi lembarannya dibuka dengan niat awal untuk memberi manfaat kepada orang lain. Biarlah setiap hari kita memikirkan tentang Islam dari sudut mana kita mahu sumbangkan, dalam lapangan masing-masing.  itu syukur.

Cita-cita juga adalah untuk kebaikan deen ini dan juga untuk berkhidmat kepada semua bangsa manusia tanpa mengira jenis tuhan manakah yang bertakhta dalam hati mereka, jadi kita akan dapat sampaikan kalimah tuhan itu adalah untuk semua tanpa disentimenkan.

Rahmatallil 'Alamin!

itu juga syukur.

Aturan mencari erti syukur usai bulan yang ke-252 ini.

Moga tarikh pasca-badar memberikan kekuatan. Dan disebut-sebut seolah-olah memberikan doa dan inspirasi kepada si muadz yang menginjak usia pada setiap kali tarikh pasca-badar. 

"apa alamat emailnya?"

"err ehem...badarsimuadz"

ruang tamu,
tingkat dua blok B.
18 ramadhan 1433h.
titip doa buat
saudara kita di
syria.rohingya.seluruh dunia.