Tuesday, October 9, 2012

Cerita Skandal


“Ehh dekat KL tu, benda tu biasa lah…” muncung mulut kak nor bercerita kepada Hanif pada malam raya.

Almaklum, anak saudaranya Hanif baru saja posting mengajar, agak darat dengan suasana di tempat kerja. Sebab itu dia beriya-iya bertanya pada ibu saudaranya. Sebab banyak benda baru yang dialami. Fitnah dunia. Agak terkejut bagi seorang ustaz yang membesar dalam didikan tok-tok guru.

Tambahan pula di tengah kota, anak muridnya yang gedik-gedik itu sendiri pernah menyakatnya. Kenyitan manja itu biasa-biasalah. Penangan guru baharu, ala-ala wajah Fahri dalam sinetron ayat-ayat cinta.

 Ustaz pula tu. Ustaz Hanif bukan saja berbekalkan dengan ilmu mengajar pendidikan Islam  yang diiktiraf negara, dia juga punyai ilmu agama yan mapan. Walaupun tidaklah sehebat lulusan timur tengah, seluruh kampung mengetahui dialah waris moyangnya Imam Kasim yang disegani penduduk kampung, kurang 4 dekad lalu.

“bukan apa Kak Nor, tidakkan lah sampai ada yang bergraduan, dapat kerja elok-elok dan sudah bergelar isteri dan suami orang. Tapi ada skandal dengan orang lain! Bini dan laki orang jugak pulak tu. Isyy malu! Dunia dah nak kiamat. Tobat.” galak Hanif bertanya sambil membayangkan firman Tuhan,

                              And do not approach unlawful sexual intercourse.
                                    Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way. Isra':32

Dua bulan sebelum ini pun memang Ustaz Hanif pernah membuka topik mengenai skandal di rumah sewanya. Satu petang, bersama rakan se-rumah sewa, mereka rancak berbicara mengenai hal ini. Bertemankan kopi-o dan biskut mayat. Bersama mood hujan petang.

 Tambah rancak, housemate Hanif juga semuanya ala-ala ustaz belaka. Hampir delapan orang kesemuanya. Mereka concern dengan hal menimpa umat.

“ana pelik. makin gila, isteri cerita hal dalam kelambu rumah tangga dalam paper. Tgk ni sambil membelek Metro 7 oktober 2012. Berat nanang. Kes lain, suami pulak buat kerja terkutuk dengan jiran sebelah masa isteri gi ngajar… Kes benar ni.” ulas Afifi sambil menggenggam suratkhabar. Jelas kelihatan riak wajahnya nan kerisauan.

“Tu Metro cakap, kalau enta nak tau lah, ade satu kes libatkan orang dekat-dekat dengan tempat ni, bos dia tau yang suami pada seorang puan ni gi outstation, pagi-pagi datang rumah bagi kuih, bersembang sambil tackle bini orang” Mohsen ketua rumah sampuk.

“Lepas tu apa jadi?” Semua galak bertanya. 

“lepas tu di jemput la masuk. Berdua. Hidang kopi buat bos, dengan makan kuih sama-sama. Tak jadi gi kerja bos pagi tu. Bertandang pagi keluar petang. Esok ambil pergi kerja sama-sama dengan Mercedes compressor nya. Lusa pun. Malam-malam pun bos datang temankan. Tiap-tiap hari macam itu lah sampai suaminya balik kerja. Ana tak faham ape jenis isteri bagi mudah mudah masuk rumah, ambil bawak pergi kerja, pakai sapu saja. Allahuakbar.”  Mohsen menepuk dahi

"aduyai..."

Berkerut wajah seorang demi seorang, mungkin kalangan mereka mengenangkan adik-adik perempuan di kampung, mungkin juga gusar terhadap muslimah-muslimah kelab dan persatuan yang dikenali. Risau ke-solehahan, kebaikan dan ketulusan mereka diperguna sesuka hati oleh manusia lahanat. Moga Allah lindungi mereka daripada fitnah dunia. Moga Tuhan lindungi mereka dengan doa riwayat abu Daud,

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan nama Nya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” 

doa menolak bala'. Untuk si-bunga.

“ Jahil tukil! Nama dah Islam dah. Tapi jahil. Ni padah main cinta dan sedap sedapan sebelum nikah dahulu, bila dah nikah sudah tak rasa bersalah. Nak cuba pada orang lain pulak tu. Dah dulu pun hubungan itu illegal, sekarang pun sama saja. Illegal, Cuma sekarang dengan laki lain lah. Takut apa?” ulas Hafiz

“ haa lagi satu punya kes !” Hanif lekas-lekas mahu menceritakan sesuatu.

“Lelaki sudah bosan dengan isterinya, semasa pergi kerja, bercinta dengan rakan sekerja yang juga ieteri orang. Berkongsi-kongsi masalah rumah tangga bersama-sama. Mereka pun katalah sesama mereka,mereka senasib, kemudian terus berlarutan hidup dalam maksiat. Kadang bukan betul sangat yang lelaki tu, yang si isteri dok cerita hal buruk suami dia, sebab tension kan. Apa lagi, 'macam orang mengantuk disorongkan bantal' lah lelaki tu. Ni ana dapat cerita dari ibu saudara ana." lapor hanif.

Tempias hujan terkena pada muka meja dan wajah mereka. Namun ustaz-ustaz masih tegar berbual. Memikirkan masalah umat, mencari solusi penawar masyarakat.

Surat khabar terus menerus melaporkan kehinaan manusia. Baru-baru ini, bayi yang baru lahir, belum sempat merasai sehari untuk hidup dilemparkan dari tingkat enam. Seakan-akan membuang kotak tisu. Bersepai otak. Dek kerana malu mempunyai anak zina, atau mungkin ditinggalkan kekasih, bapa kepada bayi tersebut.

Athoilah mencelah,

" Hemmm. Tapi kita kena tengok side yang lain, tanggapan mesyarakat perlu diperbetulkan dalam memahami golongan yang tersalah langkah ini. Kita pendakwah bukan penghukum. Mereka perlu diberi perhatian atas kejahilan mereka. Kita perlu faham. Dalam suasana sekarang, manusia hilang panduan kerana tidak punyai kefahaman. Kita kena cari cara terbaik untuk berhadapan dengan manusia yang bermasalah. Jangan jadi Ustaz yang pandai cakap ini salah itu salah. Sambil tu dia pun tidur. Satu hal kita kena bina dakwah berupa kasih sayang. Ini kena standby ni. Ana dah jumpa macam-macam kes dah waktu LI haritu. Memang berat nanang, namun macam mana kita nak jadi air untuk melekukkan batu. Daie kasih sayang"

Daie Kasih sayang. Idea segar dicelahan perbincangan masalah timbul dari abang yang sufi dikalangan mereka. 

Tiba-tiba Azmi dari dapur pula mencelah,

“ Haaa, Inilah padahnya, budaya hiburan yang melampau jadi makanan ruji. Nak merdeka pun joli, hari malaysia pun joli, hari belia memang dah joli. Sampai masanya manusia kembali kepada nature law jugak. Hukum, tuhan yang memberi panduan manusia sarwajagat.” Azmi pelajar tahun akhir undang-undang menyampuk.

“macam mana pulok nature law tu abe?” Hanif menganga.

Nature law hukum asal, macam hukum yang berpaksikan tuhan. Kajiannya apabila manusia meninggalkan Nature Law, akan berlakunya kekacauan di seluruh dunia. Mana tidakknya, motor enta AJB  tu kalau repair pakai manual kereta  ana kan akan betambah rosaknya. Kerana manual asal tidak digunakan. Empayar Yunani pun tumbang kerana pengabaian law ini lah. Cuba bukak wikipedia.” 

bersungguh-sunguh bakal peguam ini menerangkan, sambil membetulkan kaca mata berbingkai tebal.

Hafiz yang diam sejak tadi, kemudiannya berfalsafah,

"Sudah-sudahlah membeli baldi untuk menadah air tiap kali turun hujan. Bumbung rumah yang bocor itu kena baiki. Makin banyok kebocoran di siling rumah. Mu sanggupke nak beli baldi je?"

"Bumbung sepatutnya ditukar ganti. Lubang perlu ditutup rapi. Sejauhmana pun usaha untuk menutup pintu kefasadan asalkan ia tidak berlandaskan cara tuhan, mana mungkin kan selesai masalah? betul tak?" Hafiz menutup kata-kata.

Ustaz muda itu terus teringat ayat dari surah al Jathiyah,

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan Yang membuka matahati manusia, 
dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum Yang meyakini (kebenarannya). (45:20)

Ayat yang diingati itu amat benar. Kalam Allah jua yang membuka mata hati manusia. Manusia bukkannya robot. Sifatnya Abstrak. Dia mencelah,

 Hanif kemudian menyambung. 

"Cara lain selain dari itu akan merugikan, masalah lama tidak akan selesai, ditambah pula masalah baru. Belum lagi yang membuat lubang pada bumbung rumah sendiri. Bina lah berpuluh-puluh sekolah ibu mengandung, cubical2 di tengah kota orang yang mahu buang anak, kuatkan sistem pendidikan sivik. Alternatif tetap jalan alternatif.  Alternatif yang betul perlu difikirkan, namun penyelesaian yang terbaik, itulah core business-nye. kan abe apih?"

"hemmm..." keluhan anak muda.

Mendekati waktu manghrib. Hanif masih berfikir banyak perkara yang dibincangkan tadi. Hatinya masih terasa tidak sedap. Maklumlah, dia punyai adik perempuan tiga orang, rakan kenalan muslimah yang baik-baik pun ramai. 

Doa solat maghrib itu, Imam berdoa,



Lekas-lekas dia mengaminkan.



Mintak jauh...
Kampus Kota,
k. Terengganu.
9-10-2012

1 comment:

Anonymous said...

Sedap nanang tulisan..molep sungguh