Wednesday, May 9, 2012

'taare zameen par'

taare zameen par means, little stars on earth.
________________________


Hari pertama mengajar, jadual kelas yang pertama. Pendidikan Khas.
Pagi itu semangat baru melangkah ke kelas yang sungguh asing. Berada di sekolah pendidikan khas dengan kelengkapan buku persediaan mengajar, pen marker tanpa kursus yang khusus, seolah-olah mencampakkan saya ke dalam hutan bersama kompas, bagaimana mahu menggunakan kompas tersebut? Guna ikut suka  hati dan diadun mengikut kreativiti sendiri.


Membayangkan entah apa yang bakal dihadapi, adakah muka ini bakal diludah atau di baju ini disepak terajang oleh anak istimewa yang tidak dapat dijangka ? Saya tidak pasti mengapa saya ditugaskan untuk mengajar di kelas ini. Pasti ada ilmu yang cukup besar menanti.


sekolah pendidikan khas dalam sekolah rendah. 'taaree zameen par' saya di sini :)


Kanak-kanak istimewa ini ditempatkan di bangunan kecil di hujung sekolah umum tempat saya mengajar. Sekolah dalam sekolah. Manusia yang mendiaminya termasuklah kerencatan akal, masalah 'dyslexia' (developmental reading disorder), 'deficit hiperactivity disorder'(ADHD) as known as hiperaktif dan kurang daya tumpu, Autisme yang hidup dalam dimensi dunianya sendiri, Memori yang singkat hanya pada hari ini, 'cerebral palsy' yang jelas cacat pada bentuk fizikalnya. Ada yang kelihatan normal pada fizikal, abnormal pada mental. Murid saya lebih kepada yang bermasalah pembelajaran (bp) atau lebih dikenali sebagai 'dyslesia'.


Subhanallah, Saya seperti sedang mengajar ahli surga yang sudah menempah tempat 'di sana'.


Kelas tampak ceria menerima ustaz baru yang sentiasa senyum dan ada sahaja yang hendak dicerita dalam kelas. Usai saya memberi salam dan bertanya khabar perkenalan diri, saya menceritakan sedikit prihal Ibrahim a.s mencari tuhan. Mudah mudahan dapat menanam benih iman, meskipun saya tidak pasti dalam riakmereka faham atau tidak.


"assalammualaikum... nama kamu siapa??"
wajahnya gembira menerima cikgu baru bertukar kerut, kusam seperti menahan sakit.
"errmm kejap ustaz.."saya menambah,
"siapa nama kamu dengan nama ayah kamu.."
kerutnya bertambah, peluh halus merembes, saya fikir soalan itu memberi tekanan jiwa barangkali sehinggakan...
"mintak maaf cikgu, eh ustaz,, saya tak dapat ingat nama."


Lama saya kaget, maha besar nikmat akal yang sihat yang dikurniakan kepada manusia yang punyai kelemahan ini.



Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?"
"Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur?" al-an'am:53
"dia ni memang macam ni ustaz... kuat lupa" diselangi gelak tawa rakan lain.
"fuh macam-macam sakit depa nih. Maha suci Allah yang menciptakan manusia" bentak hati saya.


Belum lagi kisah saya mahu mengajar mereka berwudhu', dibukanya paip terus basah lencun, kelas gagal dikawal. Kata mereka mahu mandi. Kelas berakhir dengan permainan air. Akhirnya saya ditegur oleh kak Sham pentadbir pendidikan khas.
"awat yang ostat tak panggil akak masa nk ajaq wudhu'. depa ni mmg degei"


Pernah satu ketika saya melatih mereka menulis, ternyata seperti yang ada dalam 'scene' Filem Taaree zameen par. Seorang murid bernama Nuraini akan bertukar antara huruf b dan d . Tarikh di kanan buku ditulisnya di kiri, sehingga tulisan rumi dari kiri ke kanan bertukar menjadi kanan ke kiri. Mereka bukan sengaja, cuma mereka istimewa.
Saya berhadapan dengan 7 orang seperti 'Ishaan Nadkishore uvarsathy' dengan pelbagai ragam.
InsyaAllah saya akan cuba menjadi Aamir Khan.
Selain daripada sifat mereka yang putih bersih, setiap kanak kanak yang dilahirkan adalah istimewa. Ada potensi yang besar disebalik kelompongan mereka.
Hingga kini, ini adalah antara 'favourite class' saya. Mengajar ahli syurga!

Menjadi guru sementara.
Sebulan yang lepas.

Saya mengisi borang guru ganti bersama resume. Doa agar sangkut, terus hantar ke bahagian sekolah ppd. Penat seminggu berehat, saya mendapat panggilan dari pegawai ppd (pejabat pelajaran daerah) mengenai kekosongan berkhidmat di sekolah seri aman, pokok asssam taiping


"jadi encik datang dahulu lah ke pejabat saya kita berbincang-bincang sikit"


Alhamdulillah temuduga singkat berjalan dengan baik dan diterima untuk berkhidmat. 
Berkhidmat untuk mengenali lebih ramai 'fe'el' manusia, untuk meminjam kerjaya baginda Rasulallah pendidik agung, meminjam tugas kiyai Haji Rahmat Abdullah guru pesentren. Paling penting saya dapat menambah saham akhirat saya, dan cikgu-cikgu dan para pensyarah yang pernah mendidik saya, moga mereka sentiasa dalam rahmat Ilahi.


"baik, saya tempatkan encik di sekolah..."
Alhamdulillah. Berbisik, moga saya dapat menambah saham itu, tersenyum.
"dan encik ditugaskan selama 2 bulan setengah mengajar pendidikan islam dan jQaf untuk tahun 3,4,5 dan 6."
InsyaAllah, saya memberikan persetujuan.


"oh ye, dan ustaz kena mengajar pendidikan khas sekali, sebab cikgu yang encik nak ganti ni dia mengajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan autisme."
Senyap. "ha?" Mata saya terkebil-kebil memandang pegawai tersebut. Tak jadi nak bersandar. Badan bingkas tegak.


"boleh ke encik? saya mana ade pengalaman urus kanak-kanak istimewa ni" Sambil membelek file terus pegawai itu mencelah,
"takda pengalaman hang cari lah pengalaman, nanti ada dia punya pentadbir bagi tau lah tu" pulang paku buah keras.
"baik saya akan menghantar surat lantikan dari JPN Perak, ambil masa sikit, encik mengajar dulu lah ye, insyaAllah boleh lapor diri pagi ini di pejabat sekolah"


anak anak istimewa saya. ^^,
Selesai lapor diri, terus diberi taklimat ringkas, dan saya dimaklumkan akan mula berkhidmat keesokkannya. 


pulang ke rumah dengan perasaan bimbang, bimbang berhadapan dengan manusia istimewa.


"Allahu yassir wala tu'assir !"


Ustaz dah kawin ke belum?!


"Assalamualaikum ustaz"
ucapan sekelas spanjang 18 harkat.
Memandang kelas darjah tiga, melihat riak wajah mereka menghalang untuk bersifat tegas. 
Daripada tegas menjadi lembut.
Daripada keras menjadi cair.
Akhirnya kelas gagal dikawal pada hari pertama, riuh. Mungkin saya terlampau baik untuk menjadi cikgu.


Ada yang berlari-lari, ada yang mengejar rakan sambil memanjat meja. Teringat kata cikgu semeja dengan saya, "Bertuah lah dapat mengajar kelas tu, hang tengok lah nanti".


Selesai memperkenalkan diri, seorang murid perempuan, bertanya.
"ustaz dah kahwin ke belum"
Serentak sekelas riuh gelak tawa mendengar soalan tersebut, kemudian senyap menunggu jawapan saya. 


Fikiran saya mengingatkan ketika saya berada di tahun empat, sk Kampung Merbau Sempak, pada ketika itu cikgu muda berwajah ayu baru memperkenalkan diri. Belum habis  beliau bercerita mengenai dirinya saya bingkas mengangkat tangan dan bertanya dengan nada suara yang tinggi,


"cikgu ni dah kawin ke belum!?"
Tersedar dari lamunan. Nah, what do you give you will get back!
Moga cikgu tersebut sentiasa dalam rahmat Nya.


Kenakalan anak murid saya sehingga membawa ke zaman 60an.
"chegu suka main bola, hari hari chegu main bola"
"chegu suka main bola, hari hari chegu tidur, chegu sudah tidur, mari kita main"
-chegu saari filem 'masam-masam manis' 1963.


Baharu saya tahu betapa mencabarnya kerjaya sebagai seorang pendidik. Pulang dari sekolah, melihat kepada generasi kini, (sila baca:generasi saya) ramai yang lemas menuggu bantuan. 


Siapa yang mahu membantu?
Siapa yang mahu menjadi pelampung, saat mereka dalam pusaran arus dunia yang deras. Saat dunia seperti kebayan tua bangka bergincu tebal berdandan, dah la tua bertambah pula hodoh nya.


Saya berfikir,Andai tak disemai dengan benih keimanan, bersama acuan yang baik kepada mereka murid sekolah rendah, mungkinkan pokok yang subur lagi baik akan tumbuh?


ya benih itu kemungkinan akan tumbuh. 


Tumbuh sebagai pokok gharqad' (pokok yahudi) yang melindungi manusia durjana berbangsa Zion.


.... Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

Hadis Riwaat Abu Daud



'every child is special'