Tuesday, March 13, 2012

Perasaan: "yang ada ini sudah harapan kita"

Dahulu saya boleh tahan nakalnya. Usai sesi pagi taski abim di Klang, kami pulang menaiki van pakcik Man.  Awal hari itu, saya memang plan untuk khianati seorang muslimah tadika ni. Dua tiga kali fikir, idea baru hadir. Sampai sahaja van pakcik man di depan rumah, terus saya merampas beg bersama botol airnya. Terus berlari ke pintu pagar. Tutup, dan lari masuk ke halaman rumah.

“padan muka hang! Bye…hahaha”.

 Tersedu-sedan Munirah menangis kehilangan beg dan botol air. Namanya Munirah tak silap saya, ketika itu berumur 6 tahun. Sekarang entah ke mana tak tahu. Pakcik Man pula buat tidak tahu, sambil menghabiskan baki putung rokok. Perangai budak budak, padanlah dia biarkan saja.

lebih kurang begini botolnya

Tiba depan pintu rumah saya buntu. Tak tahu nak sorok mana beg dan botol air budak perempuan ni. Bawak masuk nanti, jenuh pula nak menjawab. Jadi, saya sorokkan bawah proton saga.

Lalu, Mak keluar untuk menyidai kain di halaman rumah. Keluar dengan baju-baju untuk disidai, masuk dengan membawa beg bersama botol air merah jambu.

“along, ni siapa punya!?” errkk. Saya mati akal. Kalau cakap baru beli nampak sangat menipunye.

“mai duk sini kejap, mak nak cakap kejap” sambil mengusap belakang saya.

“along nak main-main je, tengok pak man dah jalan ven dia…” memberi penjelasan tanpa memandang muka ibu.

“…………. Tak baik buat macam tu, dia pun ada perasaan”. Mak menasihati lembut.

“Perasaan”.

Sebuah perasaan

Setiap dari diri manusia punyai perasaan. Tuhan ciptakan perasaan dalam diri manusia itu sifatnya halus. Hinggakan kehalusan itu menyebabkan kita sendiri tidak akan dapat menjangka sesuatu tindakan kontra berdasarkan karekter yang sudah sedia maklum pada diri mereka.

Pada zahirnya seseorang itu kelihatan punyai tubuh yang sasa,badan yang tegap, berkumis penuh kejantanan. Gerak gerinya  segak. Namun hatinya bisa cair dikala menonton sinetron. Air matanya bisa menitis dikala saat perpisahan dengan sahabatnya.

 Kopiah putihnya disarung kemas, baju kemeja ala-ala raihan disarung. Gerak geri setinggi ilmunya. Riak wajahnya tampak warak, seakan-akan kebal dengan godaan duniawi, namun kadangkala dirinya juga tidak keruan ketika berhadapan dengan muslimah pilihan.

Seorang Nabi diutuskan kepada umatnya juga terpaksa bertarung dengan perasaan seorang manusia dalam diri mereka supaya ummat manusia tunduk kepada kebesaran Kerajaan Allah s.w.t.

Demikian juga meletakkan pisau untuk menyembelih anak, bukanlah sesuatu yang sukar pada logik tindakan. Siapkan pisau, hiriskan sahaja pada leher hingga putus urat marihnya, selesai. Tetapi yang sukar ialah ketika dia terpaksa bertarung dengan perasaannya sebagai seorang bapa juga perasaan sebagai seorang manusia yang berakal. Itulah nilai pengorbanan pada diri Ibrahim a.s . pengorbanan terhadap perasaan.

Kerana perasaan itu telah sedia diadun dalam adunan ciptaan seorang manusia.

Doa: “Yang ada ini sudah harapan kita”

“dah lama aku meminati dia, lebih baik senyap sahaja. Tapi...”

annur:26

Kita memandu perasaan. Andai gagal, perasaan tersebut  akan memandu kita.Kebiasaannya kita akan namakan sesuatu tindakan yang bingung itu sebagai gagal mengawal perasaan.
Perasaan itu terus memandu seseorang hamba ke arah apa yang dikehendaki. Perasaan akan bersama-sama hati. Lalu hati akan meyampaikan mesej kepada otak dan akal, mereka menggerakkan tubuh, lalu anggota cergas menuju kehendak perasaan.

cuma perlu berjaga-jaga dengan perasaan yang membuat kita keawang-awangan, kerana nafs itu sifatnya mempelawa akan kejahatan.
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." yusuf:53



Dan akhirnya diatas kehendak dan perasaan itu, Ya atau tidak, jadi atau tidak, semuanya diatas kehendak Ilahi.

Suatu hari semasa di zaman sekolah acapkali saya berdoa, supaya Allah menempatkan saya di kursus yang saya minati dan paling penting tempat yang saya akan pergi itu akan sentiasa di dalam pentarbiyyahan bersama para sahabat yang senantiasa mengigatkan erti kehidupan.

Alhamdulillah.

Kita tidak tahu, kadangkala Allah memberikan kita sesuatu yang kita tidak tahu perkara yang terbaik disebaliknya. Kerana dimustajabkan doa bukan dengan ia datang serupa dengan apa yang diminta, tetapi ia datang dengan tujuan doa itu dipinta.

Seorang hamba Allah berdoa meminta supaya seseorang yang telah diidam-idamkan itu, menjadi jodohnya. Sama ada bakal zaujah atau zauj’ nya. Maka pintalah hamba ini dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, Allah tidak memberikan orang yang dipinta. Lalu dia mengeluh doanya tidak mustajab.

Sebenarnya doa hamba ini mustajab. Tuhan mengetahui seseorang itu baik atau tidak untuk kita. Kerana tujuan doanya itu untuk mendapat kebahagiaan, maka Allah memilih seseorang yang lain tampil untuk memberikan kebahagiaan yang dipinta, khusus buat dirinya dan sesuai pula dengan keadaannya.

Kata buya Hamka, “yang ada ini sudah harapan kita”.

Seseorang berdoa untuk menjadi seorang jutawan dan punyai wang yang banyak. Sehinggakan dapat menampung perbelanjaan dua tiga generasi. Boleh jadi apabila bergelar jutawan, dia akan mewarisi watak Qarun yang ditelan bumi, maka Allah peroleh kepadanya hanya cukup sebuah rumah kecil yang selesa, isteri solehah yang memahami erti qanaah, anak anak yang soleh, makan pakaian yang cukup, hubungan yang baik sesama manusia, ilmu dan kefahaman dalam Agama, dan kehidupan diurus secara sederhana.

Nikmat  ini belum tentu seorang jutawan mampu miliki.

pasti kan hadir.

Dia mencari tuhannya dalam kegelapan malam, ketika malam telah gelap, dia melihat gugusan bintang berkerdipan.

“inilah Tuhanku”. Maka gugusan bintang itu hilang dalam larut malam.

“aku tidak suka akan benda yang hilang.”

Kemudian dia melihat bulan. Sifat sedia pada bulan, terang menerangi alam yang gelap.

“Inilah Tuhanku”. Diperhati sehinggakan Bulan tersebut jua tenggelam dalam kegelapan malam.

Seraya berkata, “sungguh jika tuhanku tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat”.

Kemudian dia terus mencari. Berkehendak mencari tuhannya yang diyakini wujud dan dekat. Sehinggakan siang, matahari terbit memberi cahaya pagi kepada penduduk bumi.

“ Inilah tuhanku! Ia lebih besar”. Akhirnya Matahari itu terbenam mengikut sunnah alam.

Menurut tafsir at-tabari, tuhan memperlihatkan kejadian langit, bumi bermula dari penciptaan matahari,bulan bintang gunung, dan sebagainya. Dan Ibrahim a.s mengetahui perkara lahir batin padanya. Dia punyai perasaan bertuhan, berkehendak,lalu mencari sampai ketemu. 

Maka, dia ketemu.

Seperti kata seorang sahabat saya , " bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari, walaupun sedar hakikat jodoh itu sudah sedia ditentukan. Tapi bila bercakap soal hidayah, petunjuk ilahi, ramai memilih untuk menunggu. Biarpun sedar hidayah itu perlu dicari bukannya jatuh ke riba"

Baru ketemu muallim yang disegani sebentar tadi. "orang muda tak boleh membiarkan masanya kosong. masanya perlu diisi. kalau kamu tak isi, kemungkaran akan mengambil alih"

Mudah mudahan apa yang kita rasai itu yang haq, tindakan kearahnya jua tindakan yang haq, dan matlamatnya bertunjangkan haq. Moga kita dilindungi dari perasaan yang liar tanpa didikan iman.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” at-thalaq:2-3

6 comments:

Anonymous said...

coincidentally, most of everything you wrote, was already written in my mind just before you posted it.


its such we have the same instinct! btw, thnx! ^^

Hanif said...

Nice one akh. :)

Anonymous said...

bloop3 tak lama lg lah ni. :p
teruskan mengingatkan. :)

-TT

Anonymous said...

Too many coincidence in your writing.......but theres no such thing as coincidence in this world..... :(

Anonymous said...

Too many coincidence in your writing.......but theres no such thing as coincidence in this world..... :(

Anonymous said...

Too many coincidence in your writing.......but theres no such thing as coincidence in this world..... :(