Tuesday, January 24, 2012

sempurna

Majlis pagi itu ditutup dengan beberapa ungkapan ustaz mahmud.

"kita tidak pernah menjadi sempurna, tetapi tiada salah kita menuju ke arah kesempurnaan"

Satu hari beberapa tahun lalu, saya pernah terlibat dalam satu diskusi kedai kopi mentakrifkan pengertian cantik dan sempurna. Masing masing memberi pandangan mereka.Ada yang melihat akhlak sebagai cantik dan kesempurnaan. Ada juga kerajinan, tsiqah di pandangan mata. Tidak terkecuali fizikal menjadi kayu ukur yang jauh ketinggalan. Kesempurnaan sering dilihat dari perspektif yang berbeza. Ungkapan yang tak dapat saya lupa, "rambut sama hitam mata lain lain".

Ironinya manusia mengkehendaki kehidupannya mudah serba sempurna. Asalkan sahaja mahukan wang, seluk saja kocek. Bila sunyi, sekali petik sepuluh yang datang.

Dalam kehidupan ini, seharusnya kita bertanya nilai cukup itu disandarkan kepada apa. Saya melihat istimewanya sebuah kesempurnaan diatas kekurangan yang dilengkapi dan melengkapi. macam mana pula..

lapan tahun lalu,
"kamu semua kena menghafal kata kata bidalan ini. Cikgu bagi kamu ni. Kamu takkan guna masa sekarang ni, tapi percaya lah, satu hari nanti pasti kamu akan faham apa yang cikgu nak sampaikan."

Entah mengapa kata kata seorang cikgu seolah olah memberikan satu kefahaman mengenai kehidupan. Semua hal saya nak kaitkan dengan bidalan ini. Buku peribahasa itu digenggam kemas, saya terus menghafal seakan seorang hafiz mengulang beberapa maqra'.

yang buta menghembus lesung
yang pekak membakar meriam
yang bisu menyimpan rahsia
yang tempang menjaga tongkat
yang kurus menjaga lauk
yang gemuk mengimbang perahu

Sesiapa kekurangan merupakan pelengkap kepada sesuatu bahan yang sempurna. Kekurangan yang melengkapi!

Mahu yang sempurna.

Nama saya disapa, lalu ditanya apakah ciri-ciri ibu kepada bakal anak-anak saya. Gurauan ni biasa antara orang yang berusrah di mana mana. 

"Ikut yang nabi cakap lah.deen.turibat' yadak" cuba untuk memendekkan perbincangan. Risau disoal siasat.

"lah, itu saja? kita ni mestilah nak yang hafizah 30 juzuk,rajin tolong ibu dia lembut pula tutur kata dengan abahnya. Labuh itu mesti, ha lagi pandai pula jaga budak, cekap memasak itu wajib, kalau tak pandai, reject. Qiamullail nya mestilah tiap-tiap hari, dia juga saya mahukan yang fasih dalam tuturkata kalau boleh yang pandai berniaga, mudah backup kewangan masjid nanti "

Isy, high taste saudara ni. Tiada manusia yang serba serbi terpelihara lompongnya. Inilah sebab utama tidak patut 'memilih' dengan kesempurnaan yang kamu nampak, tak wajar 'menilai' dengan zahir yang kamu lihat. Kerana setiap lompongan akan ditampal antara satu sama lain. Sifir berdawkah pernah diajarkan kepada saya. The first impression are usually wrong.


daie bukan penghukum.

"A man dreams of a perfect wife, A woman dreams of a perfect husband. But they don't realize that God created them to complete one another" Dr. Amr Khaled.

:)

Jangan pula tidak ambil pusing langsung, kerana skor dalam ketegori agama itu ada juga 'kertas objektifnya'.

Mahukan teman yang solehah, terlebih dahulu anda perlu persiapkan diri menjadi hamba tuhan yang terbaik. Mahukan Imam yang soleh, segera andamkan diri menjadi solehah. Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua, kerana kelompongan tersebut bakal diisi dan terisi. 

Bidalan melayu lama tersebut cantik tentang kesinambungan sebuah kesempurnaan. Si pekak tidak akan dengar bunyi letupan meriam. mata si buta tak kabur matanya dek kepedihan menghembus lesung, pasti sekali rahsia tak dapat disebut oleh si bisu. 

Tiada perkara yang kita dapat lakukan seorang diri. Kerana kita diciptakan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Mustahil sekali ke dewan kuliah, yang sedang memasak di kafe, tukang mengajar, adalah orang yang sama.

lauk akan lebih terjaga kerana kurangnya selera si kurus. Dengan kapasiti yang sesuai perahu pula dapat distabilkan bagi yang tidak kurus.



suami kamu seorang gila

Jauh saya termenung memikirkan bidalan yang perlu di hafal semasa zaman sekolah dahulu punyai nilai yang besar. Kisah wanita 1 akal diceritai oleh tuan pensyarah lewat kelas.

"tuan syeikh, mengapakah wanita itu kurang akalnya? adakah ini membuktikan kaum kami tidak sempurna serba serbi?"

Tuan imam menjawab,
"kerana kekurangan itulah merupakan satu kesempurnaan. Apakah jika akal wanita itu sama dengan lelaki, segala akan menjadi sempurna?"

"mungkin,bahkan"

"ooh jika demikian, si isteri tidak akan dapat sabar menunggu suaminya pulang bekerja. Mungkin jua, isteri akan menyapu sampah dan diletakkan di bawah karpet, rumah akan dibersihkan dua bulan sekali hanya kerana sempoinya seorang wanita. lelaki pula akan sentiasa gagah mendukung anak lama-lama sedangkan perkara tersebut merupakan salah satu kelemahan biasanya walau segagah mana dia" 

terbalik dunia.dunia terbalik.

"Dan seandainya wanita kurang akalnya pastinya suami mereka seorang gila. Kerana seseorang yang waras tidak akan menikah dengan orang yang kurang akal."

adakah suamimu seorang gila?



“wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengenal lagi maha mengetahui” 49:13

3 comments:

HH said...

hakikatnya, kita lahir dengan hanya tahu menangis.

suka yg ini.

selamat kembali. moga istiqamah dalam penulisan.

p.s: ingat dah tak wujud insan bernama muadz ni. :p

Ummu Syaheed said...

salam kunjungan balas, ust.

lama dah sebenarnya jumpa blog ni, dan dah lama mengikuti perkembangan serta penulisan blog ini

lebih gemar menjadi silent reader

teruskan menulis kerana anda punya kelebihan itu

hilmi said...

kekurangan itu juga adalah kelebihan. ;)