Thursday, March 1, 2012

huruf mula titik akhir

Setiap apa yang berlaku dipentas alam ini ada titik akhirnya.

Apabila kita beli roti di kedai, pasti akan dilihat pada tarikh luputnya. Bukan sahaja makanan, keperluan lain pun ada masa tamatnya. Pada awal pembelian, perabot itu nampak cantik kayunya, kental kusyennya, apabila berlalu saban tahun kayunya rapuh kunsyennya kendur. Yang boleh dilakukan hanya menyapu syelek bahagian-bahagian tertentu, menukar pelapik baru, namun usianya tetap sama.

Kadang kadang insan yang berada di samping kita, bersama-sama menemani perjuangan ini, setia memimpin tangan kita ketika lemah, sedar-sedar dia sudah mahu meninggalkan kita menyambung perjuangan pada takdir masing masing.

bermula dengan seabjad huruf berakhir dengan satu titik.

Dan masa itu berlari dengan begitu pantas. Saya pula sudah tamat sebagai pelajar tahun dua.

Rasa baru sahaja bermain buaian-gelongsor  di depan taski abim, sedar sedar usia hampir menginjak 20-an. Rasa baru sahaja masuk sekolah, kira kira dah hampir ke alam kerjaya, rasa baru sahaja masuk mengadap guru disiplin, kini perlu pula barhadapan dengan murid yang punyai masalah disiplin.

Peperiksaan

Saya kurang minat berada dalam fatrah peperiksaan. Sejak zaman sekolah hingga kini. Kerana di situ medan untuk saya melangsaikan janji yang ditabur. Kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

Dalam menghadapi ujian di atas kertas, Sekurang kurangnya ujian ini, kita tahu bila masanya mula dan bila masanya tamat untuk menjawab. Supaya kita boleh mengagak untuk menggunakan masa dengan optimum. Jawab sampai habis. Ingat atau tidak itu cerita nombor dua.

Namun, ujian di dunia ini kita hanya tahu waktu mula sahaja tanpa mengetahui bila masanya ujian ini akan berakhir. Inilah The real ujian. Bermula dari baligh, sehingga pada suatu masanya yang telah tercatat.

Dan kehidupan ini adalah lapangan ujian yang sebenar. Jika kita lalai, kertas ujian itu akan dihantar kosong tanpa amalan.

Allah berfirman dalam surah almunafiqun ayat 9,

  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.

Sistem yang menipu.

Ada orang cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi kurang cemerlang dalam urusan kehidupan. Hebatnya pada jumlah A setiap subjek, mantapnya pada pointer yang terbilang, tapi solatnya pula jarang jarang.

“saya ni cikgu, bukan taknak tekankan kat anak saya bab ngaji agama ni, Cuma dia ni nak UPSR, kena fokus dengan periksa. Abang abang dia semua dah masuk asrama penuh, universiti. Dia ni kena ikut abang dia juga...”

Borang berhenti sekolah agama ditandatangani oleh seorang wanita berpangkat ibu. Telinga saya berdesing. Sekolah kafa jam 2.30-5.00 petang itu dianggap bebanan maha besar pada usia perkembangan otak yang baik untuk menguasai ilmu asas agama dan alquran. Saya kira murid yang ke sekolah agama lebih cemerlang dalam periksa darjah enam waktu itu.

“ bukan taknak tekan bab sembahyang, tapi dia tengah spm…satgi tension pula”

Exam-oriented.

Periksa lulus-cemerlang, urusan sesama manusia failed. Apabila keluar berita pelajar cemerlang membuat jenayah, bebas tanpa kawalan, bermasalah, masyarakat masing-masing buat buat terkejut.

“eh dia ni dah la pandai…takkan buat macam ni kot..”

 Come-on sedari, mereka juga manusia, urusan di kertas periksa bukan nilai pembentukan  akhlak dan pemikian. You all sendiri tahu solutionnya apa.

Peperiksaan bukanlah segala galanya.


ilmu-exam


Bukti

Tetapi segala nilai kejayaan memerlukan sebuah peperiksaan. Syurga juga ada maharnya.

Hamba tuhan-akademik-perjuangan-modal insan-peperiksaan. Semua perlu cemerlang beriringan.

Peperiksaan juga menjadi bukti kukuh, bagaimana komitmen dalam akademik, begitu jua hasil yang akan didapati dalam peperiksaan. Bagaimana pula andai kitalah yang menjadi ikon masyarakat, idola rakan seperjuangan, pempimpin , aktif berpesatuan peperiksaannya pula tidak segagah perananya. Bahkan ia menjadi fitnah yang besar terhadap persatuan dan perjuangan yang didokongi. Jadi peperiksaan juga medan jihad kalian dalam menuntut ilmu dan menulaskan amanah dan janji.

Bittaufiq-wannajah kepada semua sahabat, teman, rakan taulan yang akan menjawab peperiksaan akhir semester 2011/2012, dan juga peperiksaan kehidupan dunia ini yang tidak tahu bila masa menjawabnya akan tamat.

Pada jalan yang berliku moga Allah luruskan langkahmu
Tika langit dunia runtuh moga Allah teguhkan Aqidahmu
Jika kesusahan datang moga Allah kuatkan hatimu
Pada hati yang gelisah moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu
Moga kasih Allah sentiasa bersamamu.

Seeru ‘ala barakatillah. 
Allahu akbar.

2 comments:

Asyrav... said...

=]..doakan ak dapat degree yg ak minat n ad kerjaya..insyaallah

Asyrav... said...

=]..doakan ak dapat degree yg ak minat n ad kerjaya..insyaallah