Tuesday, July 31, 2012

"moga ketemu lagi, Ajin."

Kesedihan meresap ke setiap nafas. terus mengalir dalam darah hingga rasa sebak di dada. 

Sejak panggilan seorang rakan, safarul sebelum taraweh empat hari lalu, mengenai Ajin yang terlibat dalam kemalangan letupan kapal Bunga Alpinia, di Labuan (sini). Terus saya membayangkan saat bersama almarhum. Masih terbayang gurauan, kesungguhan berceritanya, langkahnya ke kelas selalu bersama seekor anak kucing, tidur bersama kucing. Meskipun kami tidak berkesempatan sekelas, namun keakraban menuntut dalam satu 'batch' memberikan keterikatan seperti keluarga. Tambah pula saya kepala keluarga ketika itu.

Demikian setiap kehidupan ada pengakhiran. Setiap dari kita akan melalui episod yang sama.  Hari ini kita terkejut dengan kematian orang yang kita kasihi. Esok lusa orang lain pula akan terkejut dengan kematian kita. Setiap dari kita menunggu giliran, dan alam, waktu, masa terus berjalan.

Nazrin yang saya kenali

Saya mula mengenali dia ketika berada di tingkatan satu, 2005. Ketika itu beliau selalu bersama sama 'geng Kuala Selangor' acap kali bersama, safarul, hairel, izzuwan (botak) dan Shahrul Fariz. Membesar dan mengenal dunia bersama rakan-rakan. Perangai seorang demi seorang dapat dihadam. Melangkah ke tingkatan tiga, dia orang yang terhebat dalam subjek sejarah. Saya pernah meminta untuk dia menceritakan mengenai 'syarikat british di tanah melayu'. Ajin digelar geinus sejarah. Buku teks sejarah yang bergerak, 'tufat an nafis' berjalan. 

Muhammad Nazrin Khamsani ( 5.1.1992 - 30.7.2012) Al-Fatihah.

Seperti kata Abrar Syafie dalam penulisannya, benar Ajin seorang yang tough semangatnya. Peramah, motivational, inspirational dan gila-gila sering terbayang di fikiran. Saya suka mengacau sekor anak kucing yang di katakan anak dia sendiri. Mungkin teorinya Abrar benar. 

Berada di tingkatan empat memberikan banyak pengalaman dan erti hidup. Dia di tingkatan empat jannatul ma'wa, saya di jannatul Khuldi. Ketika itu dia pernah memberikan semagat kepada saya ketika mengalami sedikit masalah dan cabaran. Beliau antara terus memberikan dorongan sambil menepuk bahu saya,

" alaa come on muadz, aku yakin kau boleh handle benda ni"

Sewaktu itu beliau sebagai bendahari asrama, juga sebagai ketua rumah hijau. Bersama-sama di depan longkang, mendengar cerita mengenai keunggulan team kriket sekolah 'raptor' , bersama semangat rakan-rakan seperjuangan. Sifat sayang kepada binatang yang luar biasa selepas Ali Karim. Berkemeja-tie ke prep pagi sabtu sambil menjinjing seekor kucing. Abu Hurairah sepintar 09'.

Jua di penghujung tingkatan lima, saya berada di 5 j.khuldi dia di 5j.ma'wa. Namun berkesempatan untuk bersama satu dormitri, menumpang di dorm exco semasa fatrah spm. Bersama sama menikmati juadah yang dibawa dari rumahnya, tak lokek untuk dikongsi. Saya ingat lagi ikan masak sambal. makan bersama nasi dalam tupperware. Juga buah rambutan yang sering dibawa dari rumah kepada rakan se-dorm. Makan sambil sembang 'gila-gila'. Terbayang-bayang tubuh itu juga yang mengejutkan saya subuh sewaktu itu. 

Dia suka menggelarkan saya dengan gelaran 'kb', "weii kb..meh la lepak sini".

Banyak lagi kenangan saya bersama Nazrin, moga kenangan itu terus berlalu sebagai ibadah dalam kehidupan sekelip dua ini.

semangat menuntut ilmu yang tinggi.

Status terakhir

Semasa berita kehilangannya saya tergamam apabila teringatkan tentang status terakhir yang di post dalam group facebook spm09' sbpirawang (phalanx of legendz). Dia sempat memohon maaf kepada semua sahabat  dan rakan bersama ucapan 'good luck for your study' sebelum sign-in berkhidmat kepada negara, sebagai pelaut selepas bercuti di Jordan.

status terakhir Ajin di wall group batch spm09' (PhalanxofLegendz)
memohon maaf kepada semua sahabatnya sebelum 'pergi'. 

Sebelum ini pernah bersembang dalam ruangan chat facebook beberapa bulan yang lalu , saya bertanya, “budak alam, bila kau nak belanja aku?” Lalu terus berlarutan bersembang bertanya khabar masing-masing. Itu chat yang terakhir rupanya.

Sejak kehilangan dan seorang demi seorang mangsa dijumpai, saya masih update berita daripada rakan. Akhirnya tinggal satu lagi mangsa belum dijumpai iaitu Nazrin setelah mangsa yang keempat ditemui (sini) . Pencarian dan doa, sehingga mendapat panggilan pada petang tadi dari seorang rakan juga orang yang pertama memaklumkan kejadian tersebut. Bahawa jenazah Nazrin telah dijumpai (sini) .

Saya berdoa dan bersedih atas kehilangan rakan, sahabat, teman antara manusia daripada sebilangan manusia yang pernah mewarnai kehidupan saya sewaktu zaman persekolahan.

Meminjam quote dari seorang sahabat, "kalau hari ini langkah aku dah jauh beribu batu, aku tetap ingat mereka yang mula bersamaku, separuh dari hidupku ini, merekalah pencoraknya, Mahu bersama seperti dahulu mungkin susah, Moga pertemuan abadi di syurga Allah. Rindu parlimen tengah malam".

Sumbangannya terhadap kepimpinan sekolah 2009 bukan sedikit. Kesungguhan dia dalam setiap perkara yang menjadi keinginannya amat saya kagumi. Jika ada ruang untuk membantu cikgu-cikgu pasti akan dipenuhi.

"nak ke mana tu ajin?"
"ni nak hantar laporan PKA rumah Hijau kat Puan Mai"

Ralat, tidak dapat mengiringi jenazahnya ke perkuburan esok (31 julai). Saya ingin melawatnya apabila singgah ke Kuala Selangor nanti. InsyaAllah . Moga kawan ini menjawab salam saya di alam sana,

“Tiada seorang yang melintasi kubur saudaranya yang mukmin yang dia kenalinya dahulu di dunia, lalu memberi salam, melainkan dia (si mati) mengenalinya dan menjawab salamnya” 


(riwayat Ibn ‘Asakir dll, dinilai sahih oleh Ibn al-Mubarak, ‘Abd al-Barr, ‘Abdal-Haq al-Ashbili, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain-lain).


Sepeninggalan saudara sebaya, sesekolah mengingatkan saya mengenai kematian yang sentiasa menghampiri. InsyaAllah dia syahid. Semua di kalangan kita akan melalui perkara yang sama, kematian. Dan amalan akan dibawa dan ditimbang. Kita bersahabat, berkenal-kenalan di atas dunia ini, Moga Allah kekalkan persahabatan semangat berkawan itu pada kehidupan akan datang.

Bro Ajin, kita berpisah, tapi tidak selamanya. Akan ada harinya kita kita akan berjumpa dengan izin Allah. Moga kita di rezekikan untuk bertemu di tempat yang baik, dan yang terbaik di negeri sana. 

Allahumma 'ghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu


"moga ketemu lagi, Ajin"


-AL FATIHAH-

7 comments:

hilmi said...

:'(

Saripah Fadhilah Bt Syed Mahmad Hadzari said...

Al-fatihah..Moga Allah merahmati arwah sahabat enta, lebih-lebih lagi di jemput Allah dalam bulan yang penuh dengan rahmatNYA.. mengingatkn diri ku akan zikr maut...

peyus said...

AlFatihah untuk ajin. moga tenang di alam sana..

Unknown said...

Hurm . Sumpah sedih :'< Even tak kenal pun , tapi bila baca blog ni . Rasa macam arwah seorang sahabat yang baik dan akan diingati oleh teman2 yang lain. Semoga roh arwah ditempatkan di dalam kalangan orang2 yang beriman. InshaaAllah :')

iNtAn NaDiAh said...

sebak bca entry nih , ajin beruntung di saat pemergiannya ramai yg bersedih .bak kata dlm suatu hadis(sy kurg ingt) , kita menangis dan org lain tersnyum swktu dlhrkan di dnia ini tetapi biarlah org lain yg mngis dn kita yg tersenyum slps kita prgi mnggalkan dnia ini' . maaf klau sy ad trsilap tlis . tpi arwah akn tetp diingati shgga ke akhr hyt sy . Al-fatihah buat arwah ..

Azie said...

Tq sbb post entri ni... akk kagum dgn arwah. Mmg dy akn beat akk dlm sume hal...:(

acap ayam said...

mudah mudahan beliau berada dlm kandungan rahmat Allah..insyaAllah, masa yg singkat bersama arwah di fana ini, dibalas dgn waktu yg pjg bersama beliau di akhirat kelak..mudah mudahan kita berjumpa nanti..insyaAllah..al fatihah