Awal 2010 merupakan tahun hiba saya, Meskipun kejayaan sekolah telah dinobat sebagai 'sekolah cemerlang' peringkat kebangsaan, namun sekolah itu tidak berjaya mencemerlangkan saya. Saya 'dikira lepas' menamatkan sijil pelajaran malaysia dengan ranking yang hampir corot serta membuatkan guru yang 'mahu nama' kecewa dan menyebut-nyebut kegagalan saya berulang kali setiap kali bersapa. walaupun hal itu telah lama berlalu.
Di sebuah sekolah yang cemerlang, sbpi rawang.
Pencapaian akademik no.5 negara tahun 2009 dan 2015.
Sejak itu, saya menjadi seorang pelajar yang takut kepada sistem pelajaran berteraskan peperiksaan. saya berubah menjadi raju rastogi dalam filem 3 idiot karya aamir khan. Anggapan saya selama bertahun bahawa sistem yang berhantu ini mampu memberikan rezeki yang melimpah ruah pada masa hadapan.
Hasilnya, saya tamat persekolahan dalam keadaan meraba-raba mencari semula kekuatan yang hilang. Berdendam untuk tidak mahu lagi mengaku, bahawa saya adalah dari didikan sekolah ini apabila saya berjaya kelak.
tempat jatuh lagikan dikenang.... gambar dari kamera digital saya pada tahun 2009 |
Saya mengaturkan langkah 'selamat' untuk memastikan saya mampu mendaki semula dengan bertenanga. Kolej matrikulasi Perak antara tempat persinggahan saya selama setengah tahun pada 2010. Pengalaman untuk lebih mengenali serba sedikit disiplin matapelajaran sains hayat (biologi), serta beberapa ujikaji kimia yang complicated, barangkali menjadi titik tolak untuk saya untuk mengakui diri, bahawasanya saya tidak sesuai berada di dunia tersebut. Saya mengambil keputusan untuk berhenti dan terkapai-kapai tanpa tempat pengajian selama sebulan.
Tidak dilupakan di kolej tersebut saya menemukan dua orang sahabat dunia akhirat, berkongsi manis dan kelat sebuah kehidupan remaja. Hanif dan Zamir moga Allah merahmati mereka.
Saya menyepi beberapa bulan. Mengelak ketika diajukan soalan, semakin takut dan mengecut melihat tawaran-tawaran biasiswa yang tertera di capaian internet jauh dari kelayakkan. Takut. Takut dengan sistem.
Sehinggalah dengan rahmat Tuhan, Universiti Sultan Zainal Abidin telah menerima surat rayuan yang saya taip sendiri, pada pengambilan kali ke-4 (terakhir) untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar diploma pengajian islam syariah. Saya menyambutnya dengan sedikit rasa lega, meskipun tahu bahawa taraf diploma sangat 'cap-ayam' berbanding rakan yang menyambung A-Level, IB, ataupun melanjutkan pelajaran ke Jordan untuk menekuni ilmu syariah.
Setelah tiga tahun saya mencari hakikat sebagai seorang penuntut, mencari kekuatan, mengeluarkan diri dari kepompongan penakut, akhirnya saya memperolehi gred purata jayyid jiddan dan direzekikan untuk memenuhi salah satu diantara 3 tempat disediakan dari 40 lebih permintaan untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Saya terbang dengan harapan yang baru beserta nafas perjuangan yang segar.
Jika SPM itu menjadi pengukur mutlak kepada kejayaan untuk mendapat tempat ke luar negara, pastinya saya tidak akan menjejakkan kaki ke Jordan. Kerana saya ke sini diatas kuota pelajar diploma UniSZA.
Begitu juga jika ukuran kejayaan itu terletak kepada kejayaan seseorang yang berada di sekolah cemerlang, saya kira perlu diselidiki pula bagaimana pelajar yang 'gagal berhenti' dalam pengajian mereka meski mereka dari sekolah yang cemerlang.
Tahun 2013- Saya hadir kembali ke sekolah untuk memohon restu para guru sebelum berangkat ke Jordan. Namun saya pulang dalam keadaan yang hampa. Dalam keadaan masih suam-suam 'trauma' saya akui 'ketakutan' itu masih ada. Perasaan malu, berasa kerdil, rasa terhina itu semua menjadi pekej saban tahun, ketika saya mulai masuk ke bilik guru sekolah. Entah kenapa saya merasakan saya hanya layak untuk menziarahi sekolah setelah menerima sijil kelulusan Master dengan hons. dari Eropah.
Dalam perjalanan, saya bertemu dengan seorang guru yang mengucapkan tahniah dan selamat meneruskan pengajian. Tidak lama selepas itu, saya bertembung dengan seorang guru yang lain di hadapan Dewan Al-Aqsa.
"eh awak dapat sambung oversea? SPM teruk pun boleh pergi oversea ke eh?"
Biasanya saya sudah immune dengan ayat offensive begini kerana saya selalu ditegur oleh cikgu yang sama, seperti ungkapan "dah spm teruk tak tahu malu lagi nak datang sekolah ye?". Namun kali ini bisanya sangat makan dalam. Sehingga saya hampir mahu memadam nama sekolah ini beserta gurunya dari diari hidup.
Sejarah yang tertulis
Tahun 2015- Hari ini saya dapat menekuni kelas sejarah oleh Dr. Nimir Muhammad. Seorang ilmuan yang sangat komited mendidik dan membincangkan cabang ilmu dan serta disiplin yang berada di dalamnya. Kami berkesempatan untuk mengikuti kupasannya dari kitab sejarah rasul berjudul syarah azzarqaani 'ala mawahibu addiniyyah.
kitab sejarah rasul yang mempunyai 13 jilid. |
"hargailah masa mudamu untuk menuntut ilmu. kalaulah kamu tahu, semasa mudaku tidak pernah tinggal dalam sebulan untuk aku menambah jumpah buku dalam perpustakaan peribadiku melainkan 3,4 kitab yang di masukkan"
Demi tuhan saya menghargai kesempatan pengajian di sini, meskipun masih banyak lagi yang tidak mampu saya gapai dengan kudrat dua pasang tangan di hamparan lautan ilmu tuhan yang maha luas. Apa yang peting untuk saya terus berusaha.
Jurusan syariah menjadi pilihan saya sejak di bangku persekolahan, saya menafikan pemilihan saya dalam bidang ini kerana 'pilihan terakhir' kerana walau bagaimana-pun keputusan peperiksaan saya, hanya kursus ini sahaja yang mahu saya pilih, sebelum ke bidang lainnya untuk pengajian Master.
Saya tertarik dengan syarahan dr. nimir dalam surah alfiil,
tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah lakukan kepada tentera bergajah (abrahah)? |
Dr. Nimir hafizahullah menerangkan akan kalimah تر yang digunakan, Akalimah itu menunjukkan tentang gambaran dengan kadar kejelasan yang kuat. Kerana peristiwa tersebut sememangnya berlaku di depan mata mereka secara jelas sebelum kelahiran Rasulallah. Bahasa mudah, melihat dengan mata-kepala!
Diceritakan dalam riwayat syarah allamah azzarqani ini, ketika peristiwa itu berlaku, datuk baginda Abdulmutallib telah menyelamatkan unta mereka dan lari naik ke bukit bersama kaum Quraiy. Mereka menyerahkan kaabah kepada Tuhan untuk diselamatkan.
Ketika berlaku peristiwa itu, mereka menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka.
Setelah 40 tahun berlalu, Tuhan sekali lagi telah menceritakan semula sejarah ini melalui wahyu dalam surah makiiyyah kepada rasulallah.
Pastinya ada dikalangan penduduk makkah yang pernah melihat peristiwa ini masih hidup, berusia sekitar 60-70 tahun dapat mengimbau kembali sejarah yang ditulis tuhan itu.
Namun apa yang lebih pasti, tidak tercatat satu pun didalam sejarah, berlakunya percanggahan cerita versi quran dengan versi orang yang pernah menyaksikan sendiri dengan jelas sekitar 40 tahun yang lalu. Jalan ceritanya tepat tanpa argument sebagaimana apa mereka sendiri lihat dari atas bukit tersebut. Begitulah Tuhan bertanya pada awal ayat, "tidakkah kamu perhatikan bagaimana....?" lalu disambung dengan ayat;
"dan Dia telah menghantar rombongan burung berpasukan, lalu mereka melontarkan batu batu (yang dibakar), lalu mereka menjadi hancur bagai daun yang dimakan ulat"
Maha suci Tuhan yang menciptakan!
Tuhan mengulagi cerita 'lama' yang bersejarah itu untuk memberi ruang buat veteran musyrikin makkah untuk berfikir dan kembali untuk sujud hanya kepada tuhan yang satu.
Harapan demi harapan
Sejarah banyak mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa, menjadikan kita lebih berani untuk keluar dari kepompong ketakutan. Sejarah juga tertulis sama ada dalam kenangan mahupun dalam penulisan untuk diteliti, diambil erti yang baik dan disimpan erti yang buruk. Serta beriman bahawa sejarah mampu berulang jika tidak diambil pengajaran.
Namun kenangan saya yang buruk, tidaklah saya simpan sebagai api dendam. Terutamanya buat guru mahupun sekolah yang banyak mengajar erti berdikari dan kepimpinan. Kenangan jatuh itu, untuk saya simpan agar saya tidak terus menjadi mangsa terbuang, dalam lapangan pengajian yang berhak atas semua jenis manusia yang mahukannya.
Saya akui ada juga kesilapan yang muncul dari diri saya, pada zaman mencari makna diri, di usia belasan tahun. Namun apa yang dikesali, peranan mendidik dan yang terdidik itu seolah telah menjadi beban. Bukan bebanan pengajian, namun bebanan untuk menjaga nama baik, ranking , bilangan A, dan peratusan kejayaan.
Akibatnya pelajar yang ketinggalan dalam 'perlumbaan mengangkat beban' ini pula dilihat seperti 'tiada masa hadapan'.
Sifat dinamik manusia sangat kompleks untuk kita teliti bakat, kemampuan, dan kejayaan yang mampu mereka perolehi. Setiap manusia ada keupayaan tersendiri, namun jangan dizalimi mereka dengan neraca sistem yang tidak adil seperti sistem peperiksaan, mahupun cetakan dari 'sekolah cemerlang'. Kerana sistem hanya sebahagian yang berupaya, dan sebahagian lagi ditampung bagaimana kita menguruskan kehidupan.
Sebenarnya, setiap tahun apabila saya mendengar keputusan peperiksaan dan memerhati gelagat perlajar menyebut kejayaan mereka di media, terus terlintas dua nama yang pernah berada di masa saya dibawah injakkan kaki-kaki orang. Mereka berdua pernah berada 'di sisi' ketika saya berada di 'bawah'. Mereka pernah memberikan semnagat untuk terus memuntut ilmu kepda saya, di ketika tiada seorang pun yang mampu berbuat demikian. Merekalah ustazah Rahila seorang guru sbpi rawang, dan Hanif Mahpa, the president of Student Representative Council (src), IIUM.
Antara kata mereka,"teruskan perjuangan walau jatuh berkali-kali". kata Hanif, "kita jumpa di eropah!"
Saya akan pastikan, ketika saya berada di kemuncak kerjaya, mahupun pengajian saya jika diizin tuhan, merekalah antara orang yang terawal untuk saya kenang-kenangi dan balas budi. Meskipun pembalasan itu tidak setara dengan nilai membina kembali diri saya.
Buat pelajar yang sedang mengalami nasib seperti saya hadapi beberapa tahun dahulu, saya sedia meminjamkan masa untuk membantu anda mencari semangat yang hilang, dan bantu mengeluarkan anda dari kepompong ketakutan. Kerana saya pernah merasai bagaimana jatuh disaat semua sedang melompat.
Harapan yang tinggi untuk disemat bahawa, kejayaan النجاح untuk dunia sememang perlu dikejar.
Namun tinggi lagi harapan الفلاح, untuk digapai, demi kejayaan dunia dan kejayaan di akhirat.
terus juang menuntut ilmu.
muad'z abdul wahab asri
jamiah alalbayt
18 mac 2015.