Tuesday, March 13, 2012

Perasaan: "yang ada ini sudah harapan kita"

Dahulu saya boleh tahan nakalnya. Usai sesi pagi taski abim di Klang, kami pulang menaiki van pakcik Man.  Awal hari itu, saya memang plan untuk khianati seorang muslimah tadika ni. Dua tiga kali fikir, idea baru hadir. Sampai sahaja van pakcik man di depan rumah, terus saya merampas beg bersama botol airnya. Terus berlari ke pintu pagar. Tutup, dan lari masuk ke halaman rumah.

“padan muka hang! Bye…hahaha”.

 Tersedu-sedan Munirah menangis kehilangan beg dan botol air. Namanya Munirah tak silap saya, ketika itu berumur 6 tahun. Sekarang entah ke mana tak tahu. Pakcik Man pula buat tidak tahu, sambil menghabiskan baki putung rokok. Perangai budak budak, padanlah dia biarkan saja.

lebih kurang begini botolnya

Tiba depan pintu rumah saya buntu. Tak tahu nak sorok mana beg dan botol air budak perempuan ni. Bawak masuk nanti, jenuh pula nak menjawab. Jadi, saya sorokkan bawah proton saga.

Lalu, Mak keluar untuk menyidai kain di halaman rumah. Keluar dengan baju-baju untuk disidai, masuk dengan membawa beg bersama botol air merah jambu.

“along, ni siapa punya!?” errkk. Saya mati akal. Kalau cakap baru beli nampak sangat menipunye.

“mai duk sini kejap, mak nak cakap kejap” sambil mengusap belakang saya.

“along nak main-main je, tengok pak man dah jalan ven dia…” memberi penjelasan tanpa memandang muka ibu.

“…………. Tak baik buat macam tu, dia pun ada perasaan”. Mak menasihati lembut.

“Perasaan”.

Sebuah perasaan

Setiap dari diri manusia punyai perasaan. Tuhan ciptakan perasaan dalam diri manusia itu sifatnya halus. Hinggakan kehalusan itu menyebabkan kita sendiri tidak akan dapat menjangka sesuatu tindakan kontra berdasarkan karekter yang sudah sedia maklum pada diri mereka.

Pada zahirnya seseorang itu kelihatan punyai tubuh yang sasa,badan yang tegap, berkumis penuh kejantanan. Gerak gerinya  segak. Namun hatinya bisa cair dikala menonton sinetron. Air matanya bisa menitis dikala saat perpisahan dengan sahabatnya.

 Kopiah putihnya disarung kemas, baju kemeja ala-ala raihan disarung. Gerak geri setinggi ilmunya. Riak wajahnya tampak warak, seakan-akan kebal dengan godaan duniawi, namun kadangkala dirinya juga tidak keruan ketika berhadapan dengan muslimah pilihan.

Seorang Nabi diutuskan kepada umatnya juga terpaksa bertarung dengan perasaan seorang manusia dalam diri mereka supaya ummat manusia tunduk kepada kebesaran Kerajaan Allah s.w.t.

Demikian juga meletakkan pisau untuk menyembelih anak, bukanlah sesuatu yang sukar pada logik tindakan. Siapkan pisau, hiriskan sahaja pada leher hingga putus urat marihnya, selesai. Tetapi yang sukar ialah ketika dia terpaksa bertarung dengan perasaannya sebagai seorang bapa juga perasaan sebagai seorang manusia yang berakal. Itulah nilai pengorbanan pada diri Ibrahim a.s . pengorbanan terhadap perasaan.

Kerana perasaan itu telah sedia diadun dalam adunan ciptaan seorang manusia.

Doa: “Yang ada ini sudah harapan kita”

“dah lama aku meminati dia, lebih baik senyap sahaja. Tapi...”

annur:26

Kita memandu perasaan. Andai gagal, perasaan tersebut  akan memandu kita.Kebiasaannya kita akan namakan sesuatu tindakan yang bingung itu sebagai gagal mengawal perasaan.
Perasaan itu terus memandu seseorang hamba ke arah apa yang dikehendaki. Perasaan akan bersama-sama hati. Lalu hati akan meyampaikan mesej kepada otak dan akal, mereka menggerakkan tubuh, lalu anggota cergas menuju kehendak perasaan.

cuma perlu berjaga-jaga dengan perasaan yang membuat kita keawang-awangan, kerana nafs itu sifatnya mempelawa akan kejahatan.
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." yusuf:53



Dan akhirnya diatas kehendak dan perasaan itu, Ya atau tidak, jadi atau tidak, semuanya diatas kehendak Ilahi.

Suatu hari semasa di zaman sekolah acapkali saya berdoa, supaya Allah menempatkan saya di kursus yang saya minati dan paling penting tempat yang saya akan pergi itu akan sentiasa di dalam pentarbiyyahan bersama para sahabat yang senantiasa mengigatkan erti kehidupan.

Alhamdulillah.

Kita tidak tahu, kadangkala Allah memberikan kita sesuatu yang kita tidak tahu perkara yang terbaik disebaliknya. Kerana dimustajabkan doa bukan dengan ia datang serupa dengan apa yang diminta, tetapi ia datang dengan tujuan doa itu dipinta.

Seorang hamba Allah berdoa meminta supaya seseorang yang telah diidam-idamkan itu, menjadi jodohnya. Sama ada bakal zaujah atau zauj’ nya. Maka pintalah hamba ini dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, Allah tidak memberikan orang yang dipinta. Lalu dia mengeluh doanya tidak mustajab.

Sebenarnya doa hamba ini mustajab. Tuhan mengetahui seseorang itu baik atau tidak untuk kita. Kerana tujuan doanya itu untuk mendapat kebahagiaan, maka Allah memilih seseorang yang lain tampil untuk memberikan kebahagiaan yang dipinta, khusus buat dirinya dan sesuai pula dengan keadaannya.

Kata buya Hamka, “yang ada ini sudah harapan kita”.

Seseorang berdoa untuk menjadi seorang jutawan dan punyai wang yang banyak. Sehinggakan dapat menampung perbelanjaan dua tiga generasi. Boleh jadi apabila bergelar jutawan, dia akan mewarisi watak Qarun yang ditelan bumi, maka Allah peroleh kepadanya hanya cukup sebuah rumah kecil yang selesa, isteri solehah yang memahami erti qanaah, anak anak yang soleh, makan pakaian yang cukup, hubungan yang baik sesama manusia, ilmu dan kefahaman dalam Agama, dan kehidupan diurus secara sederhana.

Nikmat  ini belum tentu seorang jutawan mampu miliki.

pasti kan hadir.

Dia mencari tuhannya dalam kegelapan malam, ketika malam telah gelap, dia melihat gugusan bintang berkerdipan.

“inilah Tuhanku”. Maka gugusan bintang itu hilang dalam larut malam.

“aku tidak suka akan benda yang hilang.”

Kemudian dia melihat bulan. Sifat sedia pada bulan, terang menerangi alam yang gelap.

“Inilah Tuhanku”. Diperhati sehinggakan Bulan tersebut jua tenggelam dalam kegelapan malam.

Seraya berkata, “sungguh jika tuhanku tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat”.

Kemudian dia terus mencari. Berkehendak mencari tuhannya yang diyakini wujud dan dekat. Sehinggakan siang, matahari terbit memberi cahaya pagi kepada penduduk bumi.

“ Inilah tuhanku! Ia lebih besar”. Akhirnya Matahari itu terbenam mengikut sunnah alam.

Menurut tafsir at-tabari, tuhan memperlihatkan kejadian langit, bumi bermula dari penciptaan matahari,bulan bintang gunung, dan sebagainya. Dan Ibrahim a.s mengetahui perkara lahir batin padanya. Dia punyai perasaan bertuhan, berkehendak,lalu mencari sampai ketemu. 

Maka, dia ketemu.

Seperti kata seorang sahabat saya , " bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari, walaupun sedar hakikat jodoh itu sudah sedia ditentukan. Tapi bila bercakap soal hidayah, petunjuk ilahi, ramai memilih untuk menunggu. Biarpun sedar hidayah itu perlu dicari bukannya jatuh ke riba"

Baru ketemu muallim yang disegani sebentar tadi. "orang muda tak boleh membiarkan masanya kosong. masanya perlu diisi. kalau kamu tak isi, kemungkaran akan mengambil alih"

Mudah mudahan apa yang kita rasai itu yang haq, tindakan kearahnya jua tindakan yang haq, dan matlamatnya bertunjangkan haq. Moga kita dilindungi dari perasaan yang liar tanpa didikan iman.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” at-thalaq:2-3

Thursday, March 1, 2012

huruf mula titik akhir

Setiap apa yang berlaku dipentas alam ini ada titik akhirnya.

Apabila kita beli roti di kedai, pasti akan dilihat pada tarikh luputnya. Bukan sahaja makanan, keperluan lain pun ada masa tamatnya. Pada awal pembelian, perabot itu nampak cantik kayunya, kental kusyennya, apabila berlalu saban tahun kayunya rapuh kunsyennya kendur. Yang boleh dilakukan hanya menyapu syelek bahagian-bahagian tertentu, menukar pelapik baru, namun usianya tetap sama.

Kadang kadang insan yang berada di samping kita, bersama-sama menemani perjuangan ini, setia memimpin tangan kita ketika lemah, sedar-sedar dia sudah mahu meninggalkan kita menyambung perjuangan pada takdir masing masing.

bermula dengan seabjad huruf berakhir dengan satu titik.

Dan masa itu berlari dengan begitu pantas. Saya pula sudah tamat sebagai pelajar tahun dua.

Rasa baru sahaja bermain buaian-gelongsor  di depan taski abim, sedar sedar usia hampir menginjak 20-an. Rasa baru sahaja masuk sekolah, kira kira dah hampir ke alam kerjaya, rasa baru sahaja masuk mengadap guru disiplin, kini perlu pula barhadapan dengan murid yang punyai masalah disiplin.

Peperiksaan

Saya kurang minat berada dalam fatrah peperiksaan. Sejak zaman sekolah hingga kini. Kerana di situ medan untuk saya melangsaikan janji yang ditabur. Kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

Dalam menghadapi ujian di atas kertas, Sekurang kurangnya ujian ini, kita tahu bila masanya mula dan bila masanya tamat untuk menjawab. Supaya kita boleh mengagak untuk menggunakan masa dengan optimum. Jawab sampai habis. Ingat atau tidak itu cerita nombor dua.

Namun, ujian di dunia ini kita hanya tahu waktu mula sahaja tanpa mengetahui bila masanya ujian ini akan berakhir. Inilah The real ujian. Bermula dari baligh, sehingga pada suatu masanya yang telah tercatat.

Dan kehidupan ini adalah lapangan ujian yang sebenar. Jika kita lalai, kertas ujian itu akan dihantar kosong tanpa amalan.

Allah berfirman dalam surah almunafiqun ayat 9,

  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.

Sistem yang menipu.

Ada orang cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi kurang cemerlang dalam urusan kehidupan. Hebatnya pada jumlah A setiap subjek, mantapnya pada pointer yang terbilang, tapi solatnya pula jarang jarang.

“saya ni cikgu, bukan taknak tekankan kat anak saya bab ngaji agama ni, Cuma dia ni nak UPSR, kena fokus dengan periksa. Abang abang dia semua dah masuk asrama penuh, universiti. Dia ni kena ikut abang dia juga...”

Borang berhenti sekolah agama ditandatangani oleh seorang wanita berpangkat ibu. Telinga saya berdesing. Sekolah kafa jam 2.30-5.00 petang itu dianggap bebanan maha besar pada usia perkembangan otak yang baik untuk menguasai ilmu asas agama dan alquran. Saya kira murid yang ke sekolah agama lebih cemerlang dalam periksa darjah enam waktu itu.

“ bukan taknak tekan bab sembahyang, tapi dia tengah spm…satgi tension pula”

Exam-oriented.

Periksa lulus-cemerlang, urusan sesama manusia failed. Apabila keluar berita pelajar cemerlang membuat jenayah, bebas tanpa kawalan, bermasalah, masyarakat masing-masing buat buat terkejut.

“eh dia ni dah la pandai…takkan buat macam ni kot..”

 Come-on sedari, mereka juga manusia, urusan di kertas periksa bukan nilai pembentukan  akhlak dan pemikian. You all sendiri tahu solutionnya apa.

Peperiksaan bukanlah segala galanya.


ilmu-exam


Bukti

Tetapi segala nilai kejayaan memerlukan sebuah peperiksaan. Syurga juga ada maharnya.

Hamba tuhan-akademik-perjuangan-modal insan-peperiksaan. Semua perlu cemerlang beriringan.

Peperiksaan juga menjadi bukti kukuh, bagaimana komitmen dalam akademik, begitu jua hasil yang akan didapati dalam peperiksaan. Bagaimana pula andai kitalah yang menjadi ikon masyarakat, idola rakan seperjuangan, pempimpin , aktif berpesatuan peperiksaannya pula tidak segagah perananya. Bahkan ia menjadi fitnah yang besar terhadap persatuan dan perjuangan yang didokongi. Jadi peperiksaan juga medan jihad kalian dalam menuntut ilmu dan menulaskan amanah dan janji.

Bittaufiq-wannajah kepada semua sahabat, teman, rakan taulan yang akan menjawab peperiksaan akhir semester 2011/2012, dan juga peperiksaan kehidupan dunia ini yang tidak tahu bila masa menjawabnya akan tamat.

Pada jalan yang berliku moga Allah luruskan langkahmu
Tika langit dunia runtuh moga Allah teguhkan Aqidahmu
Jika kesusahan datang moga Allah kuatkan hatimu
Pada hati yang gelisah moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu
Moga kasih Allah sentiasa bersamamu.

Seeru ‘ala barakatillah. 
Allahu akbar.

Friday, February 3, 2012

identiti itu bermula di sini

Januari 2005. Ayah mendaftarkan saya di sini. Cadar pun dipasang oleh beliau. Kami bersalaman dan sedikit wang dihulurkan. Nilai RM 70 ketika itu dirasakan terlalu banyak untuk membeli buku dan belanja makan minggu pertama begelar pelajar sekolah menengah. Dompet di-check acap kali bimbang wang dicuri tanpa saya sedar.

"ok, belajar bersungguh sungguh, nanti minggu depan ayah dengan mak datang melawat kamu"

salam dihulur. Kereta suzuki mini 4wd disaluti lumpur di start. Ayah pulang ke sungai buloh 30 minit perjalanan dari sekolah. Seakan akan jauh bagi seorang budak berusia 13 tahun yang baru belajar hidup sendiri. Memandangkan saya kini berada di sekolah asrama, saya terpaksa berhadapan dengan muka senior yang kurang mesra junior. Mujur kami intake baru berlima di dorm biru satu, belakang ampaian kawasan ternakan nyamuk ketika itu. Kalau di buli, kita kena secara berjemaah lah, alhamdulillah.

ketika itu saya adalah seorang yang tahu makan tido dan main.

Identiti itu bermula di sini.


lima tahun kemudian,
"jom malam ni kita bincang isu palestin di dorm exco" jerkah seorang rakan usai prep malam. Bahu saya diurut-urut.

 Perbincangan tengah malam rancak dengan bual bicara 'berisi' ditambah pula dengan gurauan. Esok kami berbincang lagi isu lain pula. Bila tiba time exam atau lain lain hal, kita tangguh dulu sembang 'berisi' tersebut. Biasanya abang ketua umum yang akan membuka topik, kadang kala Aufa mencelah memberi imput yang segar.

saya merindui zaman yang tidak akan kembali lagi ini.

Suatu hari di tingkatan empat, saya ke hulu ke hilir membawa buku unplugged 2. Lalu saya segera disapa.
"weh boleh ke baca buku macam ni kat sekolah? tak kena apa apa ke"
"takde masalah sekolah kita kan demokrasi" saya mengingati isu demokrasi yang dibangkitkan dalam pencernaan "isme" yang disebut sebut akhi yang memberi pengisian untuk para nuqaba.

Kalau dahulu kami keras dengan kalimah, hudud. Daulah Islamiyyah,Khalifah. Kesian baitul muslim ditinggalkan sepi. Sejak di usia itu kita berangan angan dengan perubahan negara dan khalifah. Semua anasir luar dianggap bahana kepada Islam. Ini semua salah barat. Apa apa hal negatif, barat. Kau ni terpengaruh dengan barat. Hingga skop islam itu seakan akan dikecilkan.

pada waktu itu dunia realiti belum pernah dirasa.

Dan ketika isu palestin, serangan ke atas gaza, malam itu kami berkumpul lagi berbicara mengenangkan nasib ikhwah kami di sana.

saya tersenyum sendiri mengenangkan kesungguhan saya ketika itu, melaungkan 'takbirr' sekuat-kuatnya di dewan al aqsa. Walaupun minda saya belum sekuat kalimah takbir itu.

Tapi saya berbangga saya berada di sini dan pernah berbicara soal ini pada usia sebegini rupa.

"cikgu, tengok muadz, dia baca buku politik. Masa sekolah lagi dah nak main politik-politik, Buku unplugged 2 yang dipinjam dirampas lalu di tunjuk kepada penolong kanan yang sedang memandu untuk menghantar kami ke bus stand."


"takpe lah, sekurang kurangnya dia membaca" saya tersenyum sendiri dengan reaksi positif cikgu.

meskipun suasana ini tidaklah berlaku kepada seluruh pelajar ketika itu, namun saya berbanggga saya pernah terlibat dalam meja bulat untuk umat.

minat saya terhadap pembacaan gerakkan islam dan pemikiran tokoh-tokoh besar bermula di sini.


memilih calon.


Pilihan raya umum sekolah dijalankan secara proses pengundian. Sebelum calon bertanding dalam kerusi kerusi tertentu, mereka akan diarak dan dikempen kelas ke kelas, dorm ke dorm, poster 100 keping dibekalkan bagi setiap calon. Waktu ni, seluruh kawasan sekolah  di tampal dengan poster-poster calon pilihanraya hinggakan di tandas. Kempen rancak dijalankan. Pelajar berpakat untuk memilih Ketua Pelajar mengikut 'selera mereka'. Secara tidak langsung di sini saya telah terlebih dahulu mengenali kalimah student power sebelum begelar mahasiswa.

saya tidak bertanding. Cuma jadi pengerusi suruhanjaya pilihanraya.

Saya kurang pasti aktiviti seumpama ini masaih diteruskan atau tidak. Sedikit berbangga kerana pernah berada pada zaman tersebut.

dari sini saya berkenalan dengan proses demokrasi.

Setiap hari saya dihidangkan dengan cerita cerita mengenai ikhwan, perjuangan sambil buat kerja sekolah di prep malam. Murabbi pertama saya dapat di sini. Sungguh sungguh beliau menanamkan saya erti jihad, isu isu yang diketengahkan segar walaupun kami berada di tengah tengah paya.


Suatu hari, prep batal. Untuk memberi laluan kepada pelajar yang ingin mengikuti debat antara bekas timbalan perdana menteri dengan menteri penerangan ketika itu.


Budak nakal yang bertanggungjawab


''muadz, awak buat ape selain main tutup tutup lampu kelas masa prep malam?!''
saya menjawab dengan membelakangkan badan, menghidangkan punggung, pasrah dirotan...
''saya cuma gelak je''
''o0o0 jadi awak tak tegur la''

piapp!!


Seawal usia 13 tahun ketika itu, pengajaran yang dapat kami ambil ialah menyediakan seorang tukang cover line risau risau waden check.

Kami pandang kiri pandang kanan. Bimbang pak guard menemani bersama. Pintu dewan makan dibuka, kami berjalan tunduk gusar pelajar puteri nampak lembaga masuk dapur DM. Akhirnya peti aiskrim dapat kami tawan. Habis telan kurang 5 aiscream. Kami pulang dengan girang gembira.

Selain daripada saya mengikuti liqa liqa ummat, saya juga menjebakkan diri dalam hal hal kenakalan seperti ini. Tapi akhirnya saya ceritakan semula pada cikgu sebelum keluar, Mintak halal.

salah sendiri.saya juga pernah menjadi budak nakal.

berkelana di negeri orang juga merupakan proses mencari identiti. bersama paulo dan micheal.


Zaman 


Biah soleh di sini wajar dipelihara biarpun zaman berlalu. Kerana di sini tempat terbaik muntuk membina tapak identiti mu. Biar makhluk didalamnya nanti seperti ikan di laut, tak masin sebelum digaram walaupun berada dalam laut yang sedia masin. Binalah identitimu dengan acuan yang terbaik, kerana ummat menantimu di luar sana. Sekalipun bumi ini tidak menjadikan kamu sealim ulama', biarlah kamu kekal sebagai ghuraba'.

Kerana disini mulanya identiti saya disemai.

"akhi, ana rasa ana berat nak tinggalkan tempat ini"

kenapa?

************ kerana di sini mulanya taaruf bersama diri ana...


berkelanalah mencari identitimu...

   " Dan singa jika tidak meninggalkan bumi (asyik melingakar dalam sarang) nescaya tidak menjadi liar (tidak garang dan buas). Dan anak panah jika tidak meninggalkan busur nescaya tidak mengena (sasarannya) "
 -imam asyafie rahimahullah.