Dalam dua tempat, Britain dan Perancis yang pernah saya pijak
tanahnya beberapa tahun lalu, negara Malaysia inilah yang ketika itu saya
rindu-rindui. Musimnya satu, Bangsanya berbilang-bilang, makanannya rencam,
perspektif rakyatnya jua berbeda-beda. Kalangkala nikmat yang zahir Allah
kurniakan untuk saya berada di bumi Malaysia ini membawa saya berfikir tentang
apa kira rahsia Allah meletakkan saya sebagai warga dalam negara ini dan
memakaikan saya dengan bangsa ini?
Rasulallah lahir berbangsa Arab yang dalam persekitaran
negara yang menduga. Budaya jahiliyyah melata, musimnya panas, airnya sedikit
memaksa survival Arab kental dengan persekitaran yang ragas. Tubuh yang besar,
selera yang lebar, bangsa yang masyhur dengan perwatakan yang kasar. Maka
berbekalkan survival ini, Rasulallah mampu membawa Islam dikalangan bangsa
Arab. Hanya mahu mereka dimuliakan kerana deen, bukan kerana bangsa sukuan yang
sempit, stratergi yang kemas disusun nabi untuk memerdekakan mereka dari
jahiliyyah.
Saya lahir berbangsa Melayu dalam persekitaran negara juga menduga. Budaya jahiliyyah kembali
berpencak, musimnya tunggal, nikmat airnya melimpah ruah, orangnya bertubuh
kecil sedang-sedang sahaja, bangsa yang masyhur dengan perwatakkan yang lemah
lembut, sehingga Siam mahu menyerang pun baginda soltan hadiahi ‘pokok emas
pitis pujukan’. Tapi awas berlemah-lembut dan jarang berterus-terang ini, mampu
jua mengkhianati dan menzalimi dengan cara tersendiri.
Meskipun persekitarannya perawakkan berbeda, namun cabaran
memakmurkannya tetap sama. Kita dilahirkan sebagai apa jua bangsa, waima di
negara mana ialah memakmurkan jiwa-jiwa warganya dengan wahyu, membagunkan akal
dengan pemikiran intelektual, dan membagunkan peradaban yang telah mati. Kerana dimana kita diletakkan tuhan, disitu kita bertenggungjawab memakmurkannya.
![]() |
Moga diberkahi seluruhnya. |
Di suatu ketika, saya lah manusia yang paling bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan. Suatu pagi 31 ogos 2003, saya memperkemas tanjak bersama samping bendera malaysia dipakai dalam peragaan murid di sekolah rendah. Saya muncul sebagai peraga terbaik ketegori lelaki. Dan asalkan sajak, pantun berkenaan hari kemerdekaan, sayalah jaguhnya, pernah juga menulis esei hari kemerdekaan menyanjungi pejuang kemerdekaan. Di ketika itu semangat nasionalisma saya tinggi. Saya membayangkan nasib negara kita dijajah sedemikian rupa. Walhal Islam di seluruh dunia dijajah rentetan dari kuasa kolonial.
Begitu jua kisah sebelum terbit sebagai graduan sekolah, saya antara yang berkobar-kobar menanti detik 12 tengah malam di dataran Raudhah. Setelah detik itu tiba, laungan merdeka oleh Ustaz Kamilen dan Laungan Azan oleh Ustaz Mustafa. Ironi kepada laungan azan menandakan bukan lagi kita dikelurkan dari kelompangan Jahiliah, ia juga seolah suatu tanda permulaan kepada "rahmatal lil 'alamin" yang diidami.
Pengorbanan pejuang
negara pejuang jua kita sanjung hormat, baik yang berhaluan kanan, lebih-lebih
lagi yang berhaluan kiri yang dipadamkan sumbangannya dalam buku teks. Begitu
jua dengan peranan tokoh ulama pejuang era awal penjajahan yang syahid, dalam
mempertahankan prinsip dalam tanah air ini. Cuma yang kita cemuh cemuhkan yang
tiada berhaluan, ikut saja telunjuk kepala penjajah.
Penghargaan buat semua pejuang agama dan tanah air yang tulus moga Allah kurniakan pahala syahid dan dapat bersama Saidina Jaafar, Saidina Hamzah di sana.
IDENTITI YANG MATI
Perubahan yang dijanjikan kuasa kolonial merupakan satu
detik kematian buat sebuah identiti. Lihat sahaja ketika ’ Turki baru’
diwujudkan delapan puluh tahun lalu, laungan
‘westernisation of education system’ diperkenal. Tulisan ala-ala
arab dibuang dan tulisan Latin diperkenal, penjajah perkenalkan wakil nya
memerintah, di sebelah PBB pula mengiktiraf negara haram Israel, penjajahan ini
bukan hanya berlaku di negara turki, ia berlaku di semua negara yang mempunyai
ala-ala satu identiti. Tulisan jawi dibuang, masyarakat kita juga dibekalkan
dengan tradisi “malay in blood and skin but english in style”. Mereka bijak meninggalkan warisan.
Saya tidak sama sekali mahu mencemuh bangsa Inggeris. Mereka
jua punyai peradaban yang baik dan gaya profesionalisma yang tinggi. Saya
pernah memuji profesional bangsa inggeris di entri saya.
Soal pembangunan sebuah identiti adalah suatu yang sangat
payah. Mahu kembalikan tulisan jawi sepenuhnya hampir kepada mustahil kecuali
revolusi politik secara maha besar. Mahu
kembalikan tradisi ilmu, hiburan ilmu, politik ilmu perlu kepada satu
pengorbanan jiwa yang sanggup dicemuh. Banyak jiwa telah bertindak untuk mengembalikan
semula identiti yang hilang itu. Badiuzzaman said nursi, Hassan Al Banna, Kiyai
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Burhanuddin Helmy, Kaum muda, mereka dicemuh.
Mereka bergerak untuk mengembalikan semula kebanggaan yang telah hilang.
Identiti Ummat Islam.
Nasib kita umat Muhammad di seluruh dunia serupa. Dimatikan
identiti. Tidak seperti bangsa Jepun yang masih kekal dengan hiragana dan
katagana-nya. Tidak juga seperti gergasi China yang terkenal dengan buku
“the art of war” karya Tsu Zu. Hasil kematian identiti itu, perkara yang dibawa
penjajah yang dimaki-maki itu, masih lagi
dibawa hingga ke acara perdana. Usah salahkan anak muda lebih barat dari barat.
Bak kata opah saya, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Kini identiti asal itu mungkin sudah dianggap tardisionalis. Keunikkan identiti bangsa saya rasa wajar dipertahan walaupun ia bukan lauk utama masyarakat kini. Rakyat mahupun pemimpin amnya. Namun Identiti sebagai ummat 'rahmatan lil 'alamin' dibawah payungan sebuah negara amat perlu. Identiti yang dibawa Rasulallah, Sahabat, Para salafuss soleh hingga pemimpin kontemporor, Fathullah Gulen dan yg dikenali kini.
MASA UNTUK BERLARI
Rakyat Malaysia, pucuk pimpinnannya, anak mudanya, rakyatnya perlu terus berlari. Mendepani isu dan cabaran massa. Profesional dalam tindakan, menyantuni adat dan budaya orang lain, menerima baik kehidupan rencam bangsa kerana sengaja Allah menciptakan kita berbangsa-bangsa untuk berkenal mesra. Hidupkan sebuah Malaysia berkat, berkebajikan dan keadilan. Kerana bumi Allah ini adalah untuk sekalian Makhluknya.
Justeru membawa kita kepada suatu tindakan yang sewajarnya kita lakukan. Bagaimana mahu kita menyumbang tenaga, fikiran agar keberhasilannya kita dapat lihat orang india, cina dan melayu memahami prinsip Islam yang menyeluruh. Kini bukan di zaman orang memahami islam itu hanya sekadar, masjid, berkopiah, berjubah, berbaju melayu, bersongkok bersamping.
Kita mahu menyaksikan orang melihat islam itu, pemimpinnya bentindak amanah dan cekap dalam urusan tadbir urus negara, kritis dalam perjalanan ekonomi, hebat dalam pengurusan, hebat dalam berbahasa asing, matang dalam berpolitik, adil dan bijak mengurus undang-undang, subur dengan budaya ilmu.
Alatan mungkin terhad bagi orang yang melihat simpang dakwah itu kecil. Bagi yang optimis dan berjiwa pendakwah, ruang peluang sentiasa besar, sebesar cabarannya.
Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas kita tak sama sekali terangkat dari senarai kewajipan kita. Malah pada waktu kita tersilap atau melakukan kesalahan. Kita masih bertanggungjawab merealisasi 'amr markuf nahyu munkar'.

Merdeka & Hari Malaysia
“ Barangsiapa yang mahu selamat, hendaklah bersembunyi di rumah ibadat, atau di rumah masing-masing, atau di rumah Abu Sufyan!”. Laungan pengumuman sekitar kota mekah. Pembukaan tidak diketahui nasib sama ada meneruskan tradisi lama atau membawa nafas baru negeri mekah. Baginda Rasulallah dari Madinah bersama empat penjuru. Khalid, Saad, bersama sahabat lain sedia di posisi. Kemerdekaan Kota Mekah berlaku aman. Berhala dimusnahkan tanda kebebasan dari jahiliah. Kota Mekah dibuka Merdeka.
Rakyat Makkah aman dizaman itu dibawah tokoh kemerdekaannya Muhammad.
Allah menjadikan Nabi-Nya mampu menguasai Jazirah arab, sehingga
mereka pun merasa aman dan tidak lagi sentiasa dalam keadaan ketakutan. Kemudian setelah Allah mewafatkan Nabi-Nya,
mereka tetap merasa aman di bawah pemerintahan Abu Bakar, Umar dan
Ustman...” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu
katsir, jil. 6, m/s. 431-432)
Malaysia bersaiz 329847 km persegi, lebih 60.3% Muslim yang berbangsa Melayu, Cina, dan India. Alangkah bahagia kira-kira jumlah ini menjadi agen 'rahmatan lil 'alamin', menjadi rujukan terhadap isu besar, menjadi panduan dan didikan kepada mereka yang masih belum memahami. Sayang seribu kali sayang jika kita pernah berkawan duduk sebumbung dengan non-muslim selama 55 tahun, namun mereka masih belum memahami, masih prejudis, masih salah faham terhadap cara hidup dan prinsip kita. Sayang lagi seandainya kita bertindak meyokong prejudis, pesimis, dan menambah salah faham mereka terhadap kita. Menutup pintu dakwah, mengecilkan skop minda, mencetuskan provokasi agama seperti memijak kepala lembu, fatwa RM 2 juta. Usah dimarahi orang yang meletakkan kepala babi di masjid.

Kestabilan sesebuah negara bermula dari individu,keluarga, masyarakat dan kepimpinan. Mencorakkan acuan ini adalah pemimpin. Rakyat yang baik dari pemimpin yang baik. Punah pemimpin, negara tidak akan berakhlak. Saya bersyukur dipakaikan dengan bangsa yang sementara ini namun andai saya di China dan dipakaikan dengan pakaian bangsa Tionghua sekalipun saya mengharapkan agar saya tergolong dalam kalangan Muslim dan menjadi agen 'rahamtan lil 'alamin. Itu satu kebanggaan hakiki. Malaysia sebagai negeri yang Allah letakkan kita, bangsanya pakaian kita. apa yang utama deen yang menyatukan kita.
Sebagai seorang warganegara Malaysia yang mempunyai mykad yang sah, saya mengimpikan agar negara ini terus berkembang pesat dengan pembagunan zahiriah dan lahiriah, manusiawi dan bertamadun, seiring dengan apa yang dihajati oleh rakyat di bawahnya. Kerana Negara ini bukan milik jemaah menteri. Berdoa agar demografi, geografi, pemerintahan, mendapat rahmat dan berkat dan kembali kepada fitrah.
Umpama sebuah pohon. Akarnya akidah, kebenaran dan keadilan,
Batangnya cara hidup yang bertamadun, Rantingnya pemimpin-pemimpin yang adil
dan berwibawa, buahnya manis dan ranum dengan akhlak dan maruah, daunnya lebat
dengan ilmu dan akal perdebatan berentak
fakta, pucuknya anak-anak muda yang segar dengan keimanan. Diredhai dan
dipelihara oleh tuan empunya dunia.
Negara makmur yang diredhai, mendapat keampunan ilahi !
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. 31 Ogos.
Selamat menyambut Hari Malaysia 16 September.
Selamat menyambut Hari Malaysia 16 September.
ruang tamu rumah sewa
12 september 2012
titp doa buat pejuang agama dan negara
sama ada masih hidup mahupun sudah tiada
doa negara kita senantiasa dipimpin oleh tangan amanah
12 september 2012
titp doa buat pejuang agama dan negara
sama ada masih hidup mahupun sudah tiada
doa negara kita senantiasa dipimpin oleh tangan amanah
No comments:
Post a Comment