Friday, July 19, 2013

Rindu tertinggal di Terengganu

"if you not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing." Benjamin Franklin
Perjalanan menghantar buku-buku, barang-barang besar selesai minggu lalu. Hari itu saya mempersiap diri bersama motorsikal 'himarputeh' dalam kembara pulang ke kampung setelah tamat pengajian syariah di sini. Perjalanan amat besar maknanya. Pastinya saya akan merindui medan perjuangan di negeri ini. Tamatlah permastautinan saya di negeri Terengganu. Selepas ini, hadir sebagai seorang musafir.

Tepat jam 0400 saya berangkat ke kampung dengan perasaan yang berbaur. Sebaur dakapan akhi Hamid yang menghantar ke pagar rumah. Berat, sedih, berasa misi masih belum selesai, banyak lagi pensyarah yang belum disantuni, banyak lagi ilmu belum di jamah, berapa ramai sahabat yang belum dimuliakan...

Perjalanan 10 jam menaiki motorsikal, mengimbau kenangan 3 tahun lalu. Bekas apa yang saya tinggalkan di bumi itu?

Saya tiba di tengah banjaran titwangsa. duduk sebentar. Menghantar pesanan ringkas sms kepada orang yang saya kasihi. Tentang saya menekuni kejadian langit tidak runtuh, gunung yang pegun. "Maha suci Allah mengadun semua ini, adunilah perjalanan hidup kami selepas ini"

"Maha suci Allah mengadun semua ini, adunilah perjalanan hidup kami selepas ini"

Tidak saya nafikan, ramai individu yang saya jumpai di bumi yang membentuk diri ini, mengasah bakat, mengawal kehendak, memahami geri dan rasa, sebuah kehidupan bersahabat yang akan saya kenang sentiasa.

Kalau hari ini langkah saya sudah jauh beribu batu, saya akan tetap ingat mereka yang pernah bersama, beberapa bab dari hidup ini, mereka pernah mencoraknya, Mahu berliqa' seperti dahulu mungkin susah, Moga pertemuan abadi di syurga Allah.

Moga ukhuwwah itu tersemat sentiasa, dan saya doakan moga kita semua dirahmati Allah. 

Tuntutan dakwah dan ilmu: Perajurit di medan ilmu.

Apa pun sandaran pengajian seorang penuntut itu, mereka perajurit di medan ilmu.

"falau la nafara" dalam bait kalam Tuhan, surah attaubah ayat 122, ialah berkaitan dengan kalimah keluar menuntut ilmu. Lazimnya kalimah tersebut digunakan untuk keluar berjihad. Allah taala juga menggambarkan proses menuntut ilmu sebagai satu gerak tempur perjuangan medan. Penuntut ilmu perlu punyai pekej fizikal mental, jiwa dan emosi untuk mengharungi perjuangan itu. Jika tidak, sama ada pejuang itu kembali dengan tangan kosong, atau pulang ke gangang dengan sebukit sombong.

Saya mengambil keputusan ke negeri Terengganu 3 tahun lalu, berbaloi sebagai satu bab dari kelana saya dalam kehidupan ini. Saya memilih untuk meninggalkan pengajian tiga bulan di Kolej Matrikulasi Perak sebagai pelajar sains tulen. Pastinya keputusan ini akan membawa kepada perubahan sisi besar dalam hidup.

Saya mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar yang kosong. Saya memasang expectation yang tinggi kepada apa yang bakal saya lalui. Ternyata saya dibohongi dengan expectation saya sendiri. Kepelbagaian ragam dan rencam, melemparkan buah busuk terhadap bidang yang saya pelajari. Pengajian Islam.

Daripada yang hidup sentiasa mahu mewahabikan yang lain, mengkufurkan, membiddahkan, mengeluarkan statement tidak berasas, sehinggalah kepada pelajar yang memilih ke bidang ini, sebagai 'option akhir' kerana tidak layak ke program lain, tiada harapan ke bidang lain. Hanya mahu cukup syarat dapat sijil untuk kerja.


kenagan sem 3: diskusi bersama guruygmursyid ku, Dr.WanYusof hafizahullah,
anaknya yang chomell, dan akhi ana yang emsem.


Saya ingin berpesan, Pengajian Islam bukan 'tong sampah' untuk mengumpulkan pelajar yang tidak layak ke bidang lain. Ia juga bukan bidang untuk menyucikan anak-anak anda yang kurang ajar dan biadap untuk menjadi ahli ugama yang diiktiraf. Agama Islam kian dicabar dan dikelirukan oleh masyarakat, apatah lagi mahu dibebani dengan pemimpin agama yang jahil dan tiada keupayaan. Fikirkan sekali lagi.

Ini bakal menjadi fitnah kepada agama yang murni ini. Kerana ia bermula dengan satu jenayah, memandang remeh kepada proses pembelajaran mereka sendiri ketika dalam pengajian. mahu lahirkan musuh Allah berijazah syariah?

Saya takut.  Ketakutan terhadap fitnah, cabaran, dakwah, ragam masyarakat, ragam orang yang nifak dengan ilmu sememangnya menyeret saya ke lembah luka. Sesal tidak sekali, sekali saya memilih jalan ini, pasti cabarannya tidak sunyi.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

Namun itu hanya sisi gelap yang menanti terang. Saya bersyukur ditempatkan tiga tahun di sini. Pengajian merangkumi kelas dan talaqqi. Banyak pengajian kitab yang dapat diperoleh, disamping kelas yang padat dan assignment full bahasa arab. Saya membayangkan suatu ketika, bagaimana saya mahu menulis thesis dalam bahasa arab? Setelah melalui proses pengajian, di sem akhir saya dapat siapkan tesis bertajuk hukum anak zina, dengan jayyidjiddan. Alhamdulillah

Silibus yang dipelajari di peringkat awal juga berisi. Membedah nahwusarfi, mantiq, alwajiz, attibyyan, fiqhmanhaji, tulisan karangan syuyukh manna'ul qattan, dr.wahbah zuhayli, syekh 'ali jummuah dan pelbagai kitab arab yang lain sehingga kepada kitab iqna' dan siroojul wahhaj yang boleh tahan beratnya. Silibus ini jarang didiapati seawal ini di ipta lain, kecuali di sini. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Akhirnya saya dapat akhiri dengan keputusan yang baik diatas kertas. Namun diluar kertasnya ia bergantung kepada cara kita berfikir.

Saya pernah ketemu dengan seseorang yang memberi amaran seperti begini,

"enta kalau belajar di madinah, enta akan jadi wahabbi, kalau enta ke jordan enta akan dijangkiti salafi, kalau ke yaman, tak pasal enta jadi torekat sufi (habaib),..."

Kalau begitu, jawapan saya, lebih baik belajar di kubur tuan hamba.

Dakwah berpersatuan di bumi ini juga, membekalkan saya bekalan perajurit menghadapi medan pelbagai ragam manusia. Ia juga ilmu dan pengalaman yang mungkin tidak saya dapati di tempat lain. Moga Allah nilaikan ia sebagai amal jariah yang bersusah payah berprogram sepanjang tahun. Penatnya masih terasa. Oh manis.

Jiwa perantau kelana

Jiwa saya ialah jiwa kelana. Saya tidak pernah duduk di satu tempat lama-lama. Mungkin sebab sudah biasa, keluarga yang kerap berpindah rumah mengikut kerjaya ayahanda. Sejak lahir, saya pernah menetap di butterworth, kulim, klang, sungai buloh, taiping. Di taiping sahaja dah tiga buah rumah saya pernah tinggal. Mungkin selepas ini di tempat lain pula.

"hang nak sambung mana muadz?"
"hang macam tak kenai aku..."

"hang mmg tak boleh duk satu tempat lama-lama, jenis org perantau hang ni. arab badwi!"
"hehe... jgn pulak ang lebel aku sombong tak sambung sini..."
"dak la... cuma kadang dan mai 'gila' hang ni, org lain tak terikut.."


Mungkin saya punyai passion yang tinggi untuk bermusafir, meneroka pelosok sisi dunia.

Tiga tahun yang memberi erti. Bukanlah cukup, namun berat keinginan saya mahu ke tempat lain sebagai bekalan ilmu dan jiwa. Izinkan saya menghirup udara berbeza untuk memberi pengalaman hidup yang baharu. Janganlah diheret saya sebagai orang yang meninggalkan perjuangan, atau sombong kerana tidak menyambung pengajian di situ.

Diri saya jauh sekali untuk dijadikan tauladan buat para taulan. Semua dalam lipatan perancangan yang hanya diketahui oleh tuhan.

kerana Imam Assyafie pernah berpesan,

orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman,
tinggalkan negeri itu dan merantaulah ke negeri orang,
Merantaulah kau akan dapati pengganti kerabat dan kawan,
Berlelahlah, kerana manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak akan keruh bergenang.

Singa tidak tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa,
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tidak terkena pada sasaran

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan diam,
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah sebelum digali
Kayu gaharu tidak ubah seperti kayu biasa jika hanya berada dalam hutan.*

(sumber: negeri 5 menara: a.fuadi)

'allahumma barikklana fii Ramadhan'
1841, Lake View, Taiping.

7 comments:

hilmi said...

kalau pegi mesir jadi PMRAM ke?

hehe.

Anonymous said...

hehe macam2 bro...

usamah abd latif said...
This comment has been removed by the author.
usamah abd latif said...

aku suka baca tulisan kau.

ayat 122 surah at-taubah tu, falau la nafara, bukan falau la nafarana.

semoga menjadi manusia yang betul-betul manusia. moga terus konsisten dalam lapangan dakwah.

Anonymous said...

JZKK usamah. :)

Sya Mumtaz said...

Nice one! ^^, Yup! Ramai yg anggap, pengajian Islam adalah option t'akhir.. Ini pglmn ana melihat dr kalangan snior girl school dlu.. Namun, apabila adik ana sndiri even result dia excellent dia nak amik ilmu wahyu ana jd t'buka.. & ana mula m'kaji, sbnrnye yg amik pngajian Islam ni tggjwb dia lbh besar dr doktor! Klu doktor salah merawat, mungkin hilg nyawa.. Namun, klu org alim salah m'beri kefahaman, mgkn hilg akidah..

wa'iyazubillah..

Nta amik syariah, berikan kefahaman sebaiknya kpd masyarakat.. Buka minda masyarakat tntg adab & yg b'kaitan dgn p'bezaan pndpt khususnya hukm fiqh.. Spy kita x mudah m'hukum..

Allahu ta'ala A'lam.. ^^, sincerely me.. Hamba yg Lemah..

Rais Safir said...

Eh, enta dah habis belajar? Cepatnya masa berlalu. :)

Tak lama lagi in syaa Allah ana akan dapat jemputan walimah pula daripada enta, in syaa Allah. ;)