Sunday, November 4, 2012

membentuk diri

" Bagaimana kamu belajar bahasa Inggeris ? kamu yang paling menonjol di kelas ini. " bertanya Yolanda sambil membeliakkan mata dan tersenyum.

"eh tidak lah. lagipun saya antara pelajar paling lemah dalam mata pelajaran English waktu saya belajar di sekolah dulu" saya menjawab senada denganya.

Yolanda saya temui dalam kelas bahasa Inggeris di sini. Ramah dan kelihatan seperti wanita barat yang elegant. dari sudut pemakaiannya dan gaya bahasanya saya kira beliau berpendidikan tinggi.

" Kamu belajar apa dalam bidang apa di Spain?" giliran saya untuk bertanya.

" saya major dalam bidang perubatan. Datang ke sini untuk temankan suami saya sabbatical di sini"

Saya menceritakan kepadanya tentang penggunaan bahasa Inggeris yang meluas di Malaysia. Jadi mahu tak mahu, speaking secara asasnya semua rakyat mampu. Walaupun sepatah demi sepatah, sambil tangan menghanyun untuk membuat gaya. Ditambahi pula dengan silibus pendidikan di Malaysia yang banyak dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya bahasa Inggeris-lah subjek yang paling saya tidak gemari di sekolah dahulu. Tidak seperti Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Bukan kerana tidak suka kepada gurunya, diri saya sendiri tidak 'ngam' dengan mata pelajarannya sejak dari sekolah rendah. Saya cuba meminatinya, namun terasa gagal. Biarpun tidak 'ngam', tidaklah sampai bertelagah dengan guru bahasa Inggeris. 

Teringat pula persitiwa pelajar yang mempertikai guru bahasa Inggeris. Kerana mengajar mata pelajaran 'penjajah'. Ada juga budak tak matang pseudo-melayu di sekolah saya dahulu. Di lawannya sampai kecil hati sir yang berhati besar. 

"awak tahu tak, nabi pun suruh kita belajar bahasa Hebrew tau!" ungkapan kekecewaan seorang guru kepada muridnya.

Jadi dengan kelemahan saya untuk cuba meminati subjek ini, setiap kali peperiksaan kebangsaan, selain UPSR, saya gagal mendapat gred A dalam subjek ini. Sipi-sipi itu ada. Saya terhukum dengan diri sendiri.

Baru-baru ini, apabila saya mengemas buku dan kertas-kertas latihan lama yang 'sayang' untuk dibuang, saya membaca kembali esei saya dalam bahasa Inggeris. Agak memalukan. Tidak hairanlah cikgu Bahasa Inggeris perlu menelan panadol sebelum membaca esei yang saya karangi.

Nahu Sorofnya bercampur-baur.

Namun kini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang saya minat. Pola pembelian buku terbitan bahasa inggeris menjadi 1:2 dengan bahasa melayu. Malahan kadang-kadang 1:1. Muet pula gred 'modest user'.

 Bermula dengan kembara saya di bumi eropah, bertemu dan munaqasyah dengan saudara Muslim yang berlainan bangsa, punyai rakan dari bangsa yang lain, Menceritakan Islam kepada golongan bukan muslim, saya mendapat momentum kesedaran untuk push diri men-takdim bahasa ini disamping bahasa Arab dan Melayu yang telah saya takdim.

Suasana dan diri: agen pengubah

Terdapat satu teori, suasana membawa pengaruh untuk mengubah persepsi, gaya, malahan jati diri. Ia mesra dipanggil 'Biah'. Biah yang terbaik sering diharap-harapkan untuk menjamin pembentukan diri. Apabila berada dalam suasana yang baik, kita dapat membentuk diri menjadi orang yang baik. Berkawan dan berinteraksi dengan orang yang baik-baik. Hasilnya kita dapat mencetak diri menjadi manusia yang baik.

Ada juga orang yang menentangi teori ini, 'Inversely propotional'.  Manusia yang mengubah suasana sekeliling. Mereka ini digelar manusia yang hebat. Orang seperti ini, dapat mengubah suasana di sekeliling dengan hanya tenaga yang tunggal. Kemudian dapat mencetak manusia lain menjadi seperti dirinya. Inilah yang dizahirkan melalui peribadi Rasulallah s.a.w yang mencetak para sahabat dan para salafussoleh. 

Hakikatnya, peribadi Rasulallah s.a.w juga telah dicetak oleh didikan Allah s.w.t yang membasuh hati nabi yang mulia sejak kecil, menerima wahyu dalam suasana yang terbaik. Lalu baginda turun di lapangan masyarakat yang hina untuk mencetak peribadi-peribadi mulia. Lahirlah Saidina Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali 'radhiyallahu 'anhum ajma'een.

Baginda mengubah kaum Arab sedikit demi sedikit Inside-to-Outside. Bagaimana dari manusia yang paling tegar menentang islam menjadi pejuang yang paling setia.


***

Suasana di ketika itu, membentuk diri saya untuk meminati bahasa yang saya tidak sukai dahulu. Lalu pandangan saya dan minat saya telah berubah. Inilah pelajaran yang saya pelajari ketika berada di 'negara atas angin'. Soal komunikasi dan perhubungan penting dalam menyampaikan sepatah-dua makna Islam kepada saudara yang berbeza akidah. Jika hati benar-benar mahu memberikan sesuatu imput Islam kepada mereka non-muslim, soal jatuh cinta pada bahasa asing menjadi mudah. Itu yang saya hadapi.

Dengan memberikan senyuman, dan komunikasi yang baik, bisa menyampaikan sesuatu kepada mereka. Moga Allah membuka hati mereka yang pernah bertanyakan tentang Islam, dan semua dikalangan mereka.

Mrs. Halen mempelawa saya segelas wine. 

"sorry mam, im muslim. its prohibited for me"
"ohh boyy im soo sorry..."

Sejak 'pengisytiharan' itu itu ada beberapa soalan ringkas mengenai Rasulallah s.a.w, Islam, Jesus, membawa kami bercerita dan berbincang mengenai persoalan agama dan ketuhanan.


Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided. [annahl:125]

Membentuk diri memikul cinta

Saya memetik kata-kata Hamka yang menyihir, 

"Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa."

Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri."

Ungkapan ini bisa menyentap jiwa pemuda dan pemudi yang punyai jiwa yang besar. Khususnya buat jiwa yang berada di jalan dakwah. 

Mencetak diri dan berusaha mencetak orang lain, memerlukan proses perubahan untuk mencapai nilai tambah sebagai seorang makhluk pilihan Allah untuk mentadbir alam. Proses perubahan ini kadangkala memalukan, kerana dulunya mungkin nampak lain, kini lain pula gayanya.

Namun, proses perubahan akan sentiasa berlaku dalam diri manusia sebagai perjuangan mencari dan membentuk diri. Dan itulah dinamakan proses kematangan.

Pernah anda membaca post atau penulisan surat anda sepuluh tahun lalu? pasti gayanya berbeza dengan sekarang. Atau melihat rakaman anda pada zaman kanak-kanak dan sekolah dibandingkan dengan gaya zaman sekarang ? 

Malu tak malu, ia adalah proses membentuk diri yang tidak akan berhenti sehingga bertemu Ilahi.

Kerana pembentukan diri ini juga, alamat dari Tuhan untuk kita menjadi seorang manusia yang mampu membentuk orang lain. Asalkan sahaja kita mengikut syariatnya, jangan malu untuk memasuki proses perubahan diri dan pandangan. Terus meng'explore' diri sendiri.

Membentuk diri, demi memikul cinta yang besar.




Ubah, Jangan.takut.pada.perubahan
Wallahul Musta'an
1728. 4 November 2012
Lake View, Taiping.

1 comment:

Anonymous said...

ubah! selamatkan malaysia....