Tuesday, December 11, 2012

kerana yang cantik itu

Mampir sebulan-delapan hari tidak menulis. Rindu-rinduan pula.

***
Pagi itu saya sempat bertaddabur bersama sahabat 'ahlu-bait' berkenaan dengan surah yang punyai kisah yang besar. Membawa pengertian hidup yang kadang kala kita sendiri tidak sangka. Perjalanan kehidupan Nabi Allah Yusuf alayhissalam.

Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu.
Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu
suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya,
dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."
(yusuf:18)


Dan sabar itu indah.

Allah jualah yang dipohonkan pertolongannya.

Kuasa Tawakkal.

***

Teriak anak kecil itu memanggil ayahnya,

"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"

 Ayahnya mulai gusar, dengan firasat kenabian, Baginda dapat fahami apa yang akan dihadapi oleh anaknya. Sebuah peristiwa pedih menuntut sabar. Mengajari kehidupan.

Kehidupan seluruh manusia!

 Semena-mena ayahnya menyahut,

" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada adik beradikmu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu..."

Yusuf 'alaihi salam menyelami kehidupan dengan dimulai mimpi 'pelik' sebagai starter kehidupannya yang disebut-sebut manusia segenap alam.

Zaman kanak-kanak,

Mimpi, rancangan dibunuh, dihumban ke telaga buta, dilakoni konon dimakan serigala oleh saudaranya kepada ayahnya, dipungut oleh rombongan pedangang, kemudian dijual dengan hanya beberapa dirham dan dibawa ke mesir (sebuah negeri).

Zaman Belia,

Digoda oleh wanita (punyai niat buruk), Dikejar hingga ke pintu dan terkoyak baju di belakangnya, dilakoni sekali lagi oleh wanita tersebut kepada suaminya kononnya Yusuf berniat jahat, Terbukti kebenaran namun terpaksa dipenjara kerana turuti air muka pemerintah,  Mentadbir mimpi dengan tepat menjadi rujukan, kemudian menjadi pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir).

 Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah"- kata-kata saudara yusuf (surah yusuf: 91)

 Berakhir dengan mimpi yang terzahir kebenarannya selepas itu. Yusuf dapat ketemu semula dengan ayahnya dan sebelas saudaranya. Termasuk saudara kesayangannya, Bunyamin. Setelah peristiwa yang menguji kesabaran baginda nabi yusuf, juga 'lakonan-lakonan' fitnah terhadapnya, bisa sahaja dia menjadi manusia yang hebat setelah itu. 

Begitu-lah rentetan daripada ibroh surah Yusuf yang saya catatkan di sini.

Kerana disebalik kesabaran itu akan terzahir hikmah yang cantik buat Baginda Yusuf alayhissalam.


Kerana yang cantik itu...

Kamdar, Taiping.

"eh abang tengok ni cantik tak?" 

bertanya sorang isteri kepada suaminya sedang mereka memilih kain untuk persiapan raya barangkali. Kelihatan mereka ini pasangan 'baru' yang baik-baik. zaujahnya berjilbab labuh, zaujnya pula berkopiah putih. Bertanya tentang kain kepada suaminya sambil tangan mulusnya dalam genggaman suaminya. 

"cantik ke? tapi abang minat warna ini"

"aah, warna ni pun cantik juga kan?" suaranya riang sedikit. Mungkin tidak perasan saya ada di situ.

"jom kita pergi tengok kat atas pulak" mereka berlalu pergi.

Saya tumpang gembira melihat pasangan bait-ul-muslim bahagia, barangkali juga tumpang tersiksa melihat adegan romantisma sebegini rupa.

"hangpa nampak dak kesabaranya di situ.." suatu kesabaran si-bunga.

Kain di 'kamdar' punyai pelbagai warna dan design punyai kecantikan yang berbeza-beza.

Bagitu juga plot ujian kehidupan yang punyai pelbagai warna dan corak ujiannya. Maka kesabarnnya juga punyai kecantikan yang berbeza-beza. Begitu juga kecantikkan manusia, kecantikan yang kelihatan berbeza-beza,

"eh cantiknya yang ini, yang ini pun cantik lah, eh ni pun..eh yang ni yang ni." gaya si-pembeli membeli kain di butik.

Dihujani dengan tekanan tuntutan ilmupengajian, dakwah, persatuan, perancangan masa hadapan, hutang, ptptn, masalah negara, kepimpinan, hati dan perasaan. Kadangkala bisa menghenyak kehidupan anak muda menjadi tak terurus pengurusan emosinya.

Apabila tak terurus emosinya, mula lah mahu memaparkan tindakan itu-dan-ini. Sedih apabila pangkalnya berbaur negatif, pemberontakan, dan pergaduhan. Apabila di-koreksi, masalah-masalah tersebut dijadikan bahan puncha.

Kembalilah kepada Allah.

Dalam menuntut kesabaran yang cantik itu, kita mesti punyai sebuah mata yang melihat sesuatu itu dengan kecantikan. Asal sahaja melihat, cantik. Tidak mustahil orang akan melihat dia cantik atas penglihatannya yang cantik terhadap semua perkara.

Mata yang melihat, kala memandu sebuah ujian sebagai kecantikkan buat dirinya.

Kerana Allah cantik dan suka akan kecantikkan.

Penuhi kehidupan ini dengan kecantikan dalam memandu ujian.

Dengan mengadu pada yang maha cantik pada setiap malam tahajjudmu.

Kesabaran penuntut.


Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (al-kahfi:67)


Dalam mengharungi kejerihan menuntut ilmu, perlu sabar.

Meski dimomok-momokkan sejak awal, dengan peluang kerjaya senipis kulit bawang, Masa depan nan-menghimpit, Graduan hutang in-making, Kos pembelajaran yang menggila, tiada peluang kerjaya, direbut-rebut oleh ahlil-politik untuk diperguna. Kereta makin mahal, tanah melambung harga, rumah yang tidak-mampu-milik, wang hantaran yang..?

Sabar. Rezeki Allah ada pada setiap hambanya.


Sabar lah dalam ber-tallaqi kerana Tuhan menjamin rezei bagi si-peng-usaha.

Perjalanan sang penuntut tidak akan sunyi dari tuntutan kesabaran yang menyerang zahiriyyah dan bathiniyyah.

Sebagaimana Khidir a.s berkata pada musa hampir lima ayat dari surah al-kahf, kamu tidak akan sekali-kali dapat bersabar.

Walaupun Musa a.s akui dia mampu bertahan, namun begitulah hakikatnya.

Saya nak ceritanya di sini, tuan-tuan, Menuntut ilmu itu perjalnannya sepanjang hidup. Mahu capai darjat penuntut yang tinggi itu juga punyai kesabaran tahap maksima bahkan mungkin dianggap mustahil.

Maka Tuhan akan kurniakan 'khaira' buat mereka yang sanggup.

Sanggup menggagahi.

Besarkan jiwamu demi memikul cita-cita yang besar ini!
Besarkan jiwamu demi memikul cinta yang besar ini!

:)






'fatrah ke-sabar-an' ^^
perpustakaan al-mukhtar
UniSZA, Gong Badok

11 Disember 2012

4 comments:

mawarberduri said...

subhanallah subhanallah subhanallah

ad lucu : barangkali juga tumpang tersiksa melihat adegan romantisma sebegini rupa.

tp LEBIH BANYAK ibrah dlm hikmah subhanallah biiznillah alhdmdlh.

sgt2 tsentuh, menulis dari hati, akan smpai ke hati, subhanallah

ana bakal merindui setiap taujih shbt2 ana, BAKAL SANGAT merindui segala ini subhanallah

teruskan update ye Ustaz, kami, tebih2 lg ana sbg mad'u ust sgt ternanti buah fkrn ust, biiznillah

ana istighfar lantaran kelemahan diri,
xmpu menepati janji,
u buat coding then baru bc post ini.

mawarberduri said...

kerana y cantik itu.....

SABAR...

Anonymous said...

jazakillah atas bcaan ukhti mawarberduri, moga kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

p.s. iallah ostazah...

Mohd Arif Afifi Bin Mohamad Sukri said...

Allah..Allah.. penulis yang gantang mass.. bisa menarik sesiapa sahaja yang membacanya..
"Aku Bahagia".. ^_^